Monday 23 March 2015

Cemburule sikit.

Orng melayu memang ade sifat cemburu.cemburu orang melayu lebih rapat dengan hal sosial khas nye hubungan jantina. Namun cemburu sebagini pun, lame kelamaan  terhakis kerana sistem sosial kita telah diwarnai permodenan bukan kampongan lagi , tempat kerja, pergaulan , kedudukan strata sosial,  telah berubah, menghakis sikit demi sikit sikap demikian.

Sikap cemburu dari segi ekonomi orang2 melayu sangat tipis.kehidupan selesa, sikap memadai puashati dan segan lembab menjadi dokongan. Cemburu jenis terbaik kurang ade. Sangat kurang bersikap persaingan, berlumba2an,  untuk mendahului untuk  keutamaan, mencari  kelebihan dari orang lain, bimbang akan ketinggalan,  kuatir  kehidupan tidak setaraf dengan orang2 berjaya, bimbang akan kehidupan dikuasai orang, bimbang ekonomi dikuasai orang, bimbang harta dan tempat tinggal diambil orang, bimbang akan diteraju orang, bimbang akan dikuli orang . Cemburu ini sangat lemah dikalangan kita.

Cemburu dan mencemburui positif perlu di pupuk untuk anak bangsa berbangga, meguasai ekonomi, ilmu pengetahuan, kemahiran, supaya orang lain tidak menguasai kita,mengumpat kita; mereka ramai2 mengata kita, orang melayu orang yang bodoh,  orang yang lemah,  orang yang miskin, orang yang malas,orang yang ta perlu dihurmati.
Walaupun kita sakit hati kita ta mencemburui nya, kita selesa,  kita tidak pula menyusun stratigi mengatasi nye. Kita leka seleka2 nye.
Tidak berkira, sekali digerak sekali terjaga, balik tidor, balik dikejut balik terjaga gitu le.dah lame..

Cemburu orang melayu perlu dihidupkan agar bangsa melayu dicemburui.

No comments:

Post a Comment