Tuesday, 30 July 2024

SURAH AL INSAAN

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Mukadimah.
Manusia Pernah didatangi waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.

2. Penciptaan  Manusia.
Manusia dicipta dari air mani yang bercampur lelaki dan perempuan.

3.Ujian.
-Diberi penglihatan dan pendengaran.
-ditunjuk melalui akal dan rasul ke jalan yang benar dan salah. Maka terserahlah untuk bersyukur beriman taat atau kufur derhaka.
4. Neraka diuntuk pada Orang Kafir.
-bagi orang kafir disediakan rantai-- belenggu serta neraka yang menjulang.

5. Kegiatan Orang  Berbakti.
#-orang  yang berbakti ..membuat kebajikan, mereka diberi minum dari gelas yang campuran nye  air kafur. (Yaitu Air mate air syurga yang sedap, yang boleh dipancar sebaik2 nye)
# mereka menyempurnakan  nazar. Takut akan azab hari ahirat yang merebak merata2.
# mereka memberi makan yang disukai orang2 miskin, anak yatim dan orang tawanan, kerana Allah semata2 tanpa balasan dan tanpa terima kasih..
#kerana takutkan azab Tuhan..muka masam berkerut penuh kesulitan.
#Allah selamatkan mereka dan beri keindahan yang berseri dimuka dan gembira dihati.
# dengan kesabaran mereka mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Nye.
mereka dibalas dengan syurga dengan persalinan sutra .

6. Keadaan mereka disyurga.
-mereka berehat disyurga berteleku dipelamin yang berhias, tidak panas terik dan sejuk melampau.
-naugan pokok syurga  dekat atas mereka dan mudah memetik buah nye.
-dan kepada mereka diedar benjana2 dari perak dan piala yang bening spt kristel.
Mereka diberi minum bercampur jahi/zanjabi. Ia itu air mata air yg disebut sifat nye. sebagai salsabi.
-mereka dilayan olih anak2 muda kekal muda mereka  dilihat seperti bintang bertaburan. Dalam syurga itu dilihat nikmat yang melimpah seperti  kerajaan yang besar.
-mereka nemakai pakaian hijau dari sutra halus dan tebal bertekad dihiasi dengan gelang tangan dari perak dan diberi minuman yang bersih dan suci.
- segala pemberian ini adalah untuk balasan usaha mereka didunia diterima dan dihargai Allah.

7. Lainlain.
-Quran diturun kan beransur.
- hendak lah bersabar menerima hukuman Tuhan untuk bemberi tempoh orang yang menentang mu, jangan ikut kehendak orang2 berdosa atau kufur .
-Sebut dengan lidah dan hati mu nama Tuhan mu pagi dan petang.
-disebahagian malam sujud (solat) dan bertasbih lah memuji Tuhan mu.
-orang yang menentang Nabi mereka yang mencintai kesenagan dunia yang cepat habis. Lupa akan bekalan ahirat yang amat berat penderitaan nye bagi yg tidak bertaqwa.

#28.. Kami lah yang mencipta mereka serta menguatkan  tulang sendi dan urat darah mereka. Dan apabila kami kehendaki kami ganti yang serupa dengan mereka sebaik2 nye.
- semua keterangan ini menjadi peringatan.sesiapa mahu kebaikan diri nye boleh lah ikut jalan yang menyampaikan keredhoan Allah.
- tidaklah berkemahuan kamu melakukan sesuatu pekara melainkam dengan kehendak Allah.
- Dia memasukan orang kesurga dengan Rahmat Nye.
-orang zalim dimasukaan dalam neraka dengan azab yang ta terperi.

Was.28724.1030 mlm


 




No comments:

Post a Comment