Thursday 17 April 2014

Hadis Kudsi. Jauhi Bermuka Dua

Berkata Siti Aisyah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda. Allah berfirman.

" Ada setengah hamba Ku yang memakai pakaian bulu kambing didepan orang ramai,akan tetapi hati mereka lebih pahit dari jadam, dan lidah mereka pula lebih manis dari madu,mereka mengelirukan orang ramai dengan ugama mereka. Apakah dengan Aku mereka cuba bermegah diri, ataupun terhadap Ku mereka memberanikan diri!? Demi diri Ku, Aku bersumpah akan Aku turun kan Suatu bencana keatas mereka yang akan meyebabkan orang yang bijaksana terpinga-pinga."

Ulasan:

1.Allah melihat hati yang mulia dan budi pekerti yang luhur.seperti dicontuhnye kepada ahlak dan budi pekerti Nabi saw.

2. Pangkat, rupa wajah, wang ringgit adalah pinjaman sahaja bila2 masa boleh hilang dan ta kekal.

3. Hadis ini memperingatkan kita, ada manusia berpura2, lupa daratan, manis tutur kata, berlagak, bermegah2  dihadapan orang ramai, tetapi hatinye busuk lebih busuk dari tahi.

4. Hadis ini sebagai peringatan dan ancaman Allah Ta'ala yang tidak suka kepada orang yang bermuka2. Berlagak dan sombong, manis mulut tetapi ade rencana jahat pada orang lain.

5. Setiap muslim hendaklah bersikap benar pada orang lain seperti benar pada diri nye.semua amalan akan diperhitungkan samada baik atau buruk dan akan di ganjari.


No comments:

Post a Comment