Monday 10 August 2015

Surah Al Baqorah (1)

Rengkasan intisari dibawah ini adalah  ayat 2, hingga ayat 27 surah Al Baqorah.

Al Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang hendak bertaqwa yaitu orang-orang yang beriman kepada:

1. Beriman kepada yang ghaib.
2. Mengerjakan sembahyang (solat).
3. Membelanja menderma sebahagian rezeki yang diperolehi nya.
4. Beriman kepada kitab-kitab.
5. Yakin ade nye hari ahirat.

Manusia diseru Allah beribadat kepada Nye supaya menjadi orang2 yang bertakwa. MengEsakanNya dan tidak menyengutukan Nya dengan apa2 jua pun. Kerana Allah pencipta langit dan bumi dan memberi rezeki kepada mahlok2 nye.

Al Quran ini diturunkan oleh Allah tanpa syak dan ragu2 benar nye dan tidak akan boleh dibuat oleh manusia.

Orang2 beriman bertaqwa dan beramal soleh masuk syurga yang kekal dengan pelbagai nekmat,

Orang2 fasik dan kafir, kufur, yang mencabut perjanjian Tuhan Allah,(seperti yang ditetapkan dlm kitab2)  membuat kerosakan dan bencana dimuka bumi adalah orang2 yang rugi.

Was.

No comments:

Post a Comment