Sunday 16 August 2015

Surah Al Baqorah 3.

Allah menjelaskan apa2 yang diselisihkan oleh ahli kitab tentang: Makan yang diharam, iman dan kebajikan.Ayat 172 hingga 177 intisari surah ini seperti berikut:

A.  Orang yang beriman hendaklah memakan benda2 yang baik lagi (halal). Allah hanye mengharamkan memakan;
1. Bangkai dan darah.
2. Daging babi
3. Binatang2 yang disembelih bukan kerana Allah.

Bagaimanapun sesiapa terpaksa (memakan kerana dharurat) sedang ia tidak mengingini nya, tidak pula melampaui batas maka tidaklah berdosa.

B. Allah juga menjelaskan bahawa pekara kebajikan itu bukan hanya menghadap kan muka kamu ketimor dan  kebarat tetapi kebajikan itu adalah:

1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman Hari Ahirat.
3. Sekelian Malaikat.
4. Segala kitab.
5. Sekalian Nabi.
6. Menderma sesaorang dari harta yang disayanginye kepada kaum kerabat, anak2 yatim orang2 miskin orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang2 yang meminta.
7. Merdekan hamba abdi.
8. Mengerjakan sembahyang( solat).
9. Mengeluarkan zakat.
10. Menyempurnakan janji bila berjanji.
11. Ketabahan orang2 yang sabar dalam masa kesempitan,  kesakitan dan dalam peperangan sabil.

Orang2 inilah yang benar  beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah orang2 bertaqwa.

Was.

No comments:

Post a Comment