Thursday 9 June 2016

Penderhakaan Manusia Menentang Nabi2. Surah al Syuraa.

1.Allah menasihati Nabi muhamad  supaya jangan berdukacita kerana orang2 tidak mahu beriman.

1.3. "Jangan pula engkau wahai Muhammad membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita kerana mereka tidak menjadi orang2 yang beriman."

1.5. "Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari Allah Ar Rahman melainkan mereka tetap berpaling menginkar."

2. Peristiwa2 pengingkaran itu dapat di ketahui dari kisah nabi2 chontuh nye;  Nabi Musa, Menentang Firaun . Yang mengaku dirinye tuhan dan menzalimi Bani Israil.

2.10.11. Perintah Allah kepada Nabi Musa untuk pergi menasihati Firaun.

Allah menyeru  "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim". Ia itu kaum Firaun.

2.16.17. Musa dan Harun Utusan Allah.

'Sesungguh nye kami utusan Tuhan Sekalian Alam'. "Menyuruh kamu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami."

2.29.Firaun mengaku  dirinye Tuhan.

Firaun berkata . "Demi sesungguhnye jika engkau menyembah tuhan yang lain daripada ku sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang2 yang di penjara"

2.37.38. Firaun berkepercayaan dan beramal dengan ilmu sihir.

"Supaya membawa kepada mu segala ahli sihir yang mahir" lalu di kumpullah ahli2 sihir pada satu masa yang ditentukan pada hari raya yang termaklum".

2.49. Kezaliman Firaun.

Firaun berkata; "  patut kah kamu beriman kepada nya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnye dia lah Musa, ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; olih itu kamu akan mengetahui kelak akibat nye. Demi sesungguhnye aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian  aku akan memalang kamu semua"

2.63. penyelamatan kepada Musa dan Perintah Allah membelah laut.

Lalu Kami wahikan kepada Nabi Musa " pukul lah laut itu dengan tongkat itu. Maka terbelahkah laut itu lalu menjadi lah air tiap2 bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

2.65. Nabi Musa dan pengikutnye diselamat.

"Kami selamatkan Nabi Musa serta orang2 yang bersama dengan nye, semuanye."

2.66.  Firaun dibinasakan.

"Kemudian Kami tenggelamkan gulungan yang lain (yang mengejar nye)."

2.57, 58, 59. Pesaka Bani Israil.

"Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tentera nye) keluar meninggalkan kebun dan mata air dan juga khazanah2 kekayaan serta tempat tinggal yang mulia. Demikianlah keadaan nye dan kami jadikan semua peninggalan  Firaun dan tentera nye milik Bani Israil sebagai pesaka."

3. Nabi Ibrahim di utuskan untuk menentang penyembahan berhala2 tetapi mereka mendustai para nabi2.

3.70. Takkala ia berkata pada bapa nye dan kaum nye. " Ape yang kamu sembah?."

3.71. Mereka menjawab "kami menyembah berhala2 maka kerana memuliakan, kami berkekalan menyembah nye."

3.72. Nabi Ibrahim bertanye adakah berhala2 itu mendengar kamu semasa kamu menyeru?.

3.73. atau mereka dapat memberikan sesuatu yang bermunafaat kepada kamu atau menimpa sesuatu bahaya?.

3.74. Mereka menjawab tidak satu pun bahkan kami dapati dato nenek kami berbuat demikian.

3.77. Aku bertanye demikian kerana sesungguh nye berhala2 itu ialah seteru ku, aku tidak nenyembah melainkan Allah Tuhan sekalian Alam.

4. Demikianlah mereka berlaku zalim pada diri mereka dengan kesesatan nyata yang menyebabkan Allah menurunkan bala bencana kepada mereka.

Was.

No comments:

Post a Comment