Sunday 5 June 2016

Memancin Ikan, Riadah dan Nostalgia

Setelah bersara pelbagai aktibiti telah dibuat untuk mengisi masa lapang. Aktibiti terbaik adalah aktibiti yang menyeronokkan. Sebagai orang yang dilahirkan di kampong, tentulah nostalgia aktibiti masa dikampung itu menjadi pilihan.

Aktibiti yang berkaitan pertanian sudah tentu menjadi pilehan utama. Kita kan merasa bahagia dengan kehijauan pokok2 membesar dan  bergembira apakala pokok2 ditanam berbuah. walaupun dusun yang diusahakan tidak seluas mana tetapi ia menyeronokan. Bila kita menanam, membaja, memangkas, membersih, dan menentang acaman musuh2 pertanian, memungut buah2 yang telah boleh dituai. Disitu lah adenye berbagai2 aktibiti yang perlu dilakuan. Ia seolah2 sumber riadah yang tiada tolak bandingannye.

Untuk mempelbagai dan membayakan lagi  aktibiti boleh ditambah  menternak ikan dalam  kolam atau dalam takongan mane2 yang mudah di buat dan ade nye kemuadahan tempat yang tersedia. Kalau kawasan sempit boleh menternak dalam takungan saja. Kegiatan yang boleh dilakuan untuk ternakan ikan dalam takungan ini, 1. Memberi makan ikan2 tu tiga kali sehari.  2. Penjagaan air agar setiasa bersih, menyalin air setiap minggu. 3. Bila dah besar ikan ni boleh digulai untuk makan, atau sedakah pada jiran2 dan kawan2 yang datang.

Kalau ta dapat menternak ikan pilehan terbaik menambah   aktibiti lain, seperti memancing pula. Gerop memancin kalau ade memang sonok. Kami mempunyai, Kawan2 asrama lame semasa form 6 . Setelah lebih 40 th ta bertemu,  dengan aktibiti memancin ini kami dapat berjumpa dan berkumpul semula.walau pun matlamat nye pergi mancin medapatkan ikan tetapi lebih dari  itu untuk bertemu sahabat2 lame .

Biasa nye grop kami bertemu dengan mendapatkan tarih yang sesuai dan disetujui semua. Memileh tempat berkumpul dan tempat memancin yang dijangka banyak ikan.
Tempat berkumpul  biasanye menyewa apatmen, homestay di tepi laut, tepi sungai untuk berkumpul. Kalau memancing di laut dalam pastikan  menyewa boat. Hingga kini kami telah pergi memancing di empat tempat;  Kuala Gula, Lumut,  Tasik Banding  Grik dan di Sg Perak Kg Menora . Menancin sambil berkelah ni memang sonok dan membahagiakan, ianye bagai suatu riadah yang terbaik, juga merupakan terapi jiwa, menyambung siratulrahim dengan kekawan lame bila berkumpul bersame balik macam 40 th dulu.itu lebih bermakna walaupun ikan ta dapat di kail. Nostalgia! nostalgia!.

No comments:

Post a Comment