Tuesday 25 October 2016

Sujud dan BerTasbih Dengar Peringatan. As Sajdah


** Bila diberi peringatan mereka sujud dan bertasbih memuji Tuhan dan tidak sombong.

1.15. Sesungguhnya yang benar2 beriman kepada ayat2 keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat2 itu, mereka segera merebah diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.*

** Mereka beribadat, berdoa dan menderma ape yang diberikan.

2.16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajut dan amal2 salih). Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolih lagi (keredhoan Nye); Dan mereka selalu mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.*

** Balasan amal salih adalah syurga.

3.17. Maka tidak ada seorang pun  yang mengetahui satu persatu persedian yang telah dirasiakan untuk mereka (dari segala nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal2 salih yang mereka telah kerjakan. *

4.19. Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka mereka berolih syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi ape yang mereka telah kerjakan.*

Was.

No comments:

Post a Comment