Thursday 20 October 2016

Nasihat Lokman Dalam Surah Nye

Bismillahirrohmanirrohim.

**syukur kepada Allah.

12. Dan sesungguhnya  Kami  telah
memberi kepada  Lukman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintah kepada nye) bersyukur  kepada Allah. (Akan segala niknat Nye kapada mu) Dan sesiapa bersyukur maka faedahnye terpulang kepada diri nye sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguh nye Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.*

* *Jangan syirik

13. Dan (ingatlah ) takkala Lokman berkata pada  anak nye, semasa dia memberi nasihat kepada nye: " wahai anak kesayangan ku, jangan  engkau mempersekutukan Allah, susungguh nye perbuatan syrik itu adalah satu kezaliman yang besar"  *

** Berbuat baik kepada ibubapa.

14. Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya: ibunye telah mengandung nye dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ahir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya  ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapa mu; dan  (ingat lah), pada Akulah jua tempat kembali. (untuk menerima balasan).    *

**Jangan taat perintah ibubapa jika ajak syirik kepada Allah.

15. Dan jika mereka berdua mendesak mu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yang engkau. __dengan fikiran sehatmu__ tidak mengetahui sungguh ade nye, maka jangan engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka didunia ini dengan cara yang  baik. Dan turut lah jalan orang yang ruju' kembali kepada Ku (dengan tauhid dan amal2 yang solih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua nye, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan. *

** setiap satu perbuatan kita walaupun sebesar zarah akan dilihat dan dihakim  olih Allah.

16. (Lukman menasihati anak nye dengan berkata): " wahai anak kesayangan ku, sesungguhnye jika ade sesuatu perkara  ( yang baik atau yang buruk ) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi didalam batu besar atau di langit atau di bumi sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalas nye); kerana sesungguhnye  Allah Maha Halus pengetahuan  Nye lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi." *

**  Dirikan solat dan buat baik jangan buat mungkar dan sabar atas bala.

17. "Wahai anak kesayangan ku, dirikan lah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala' bencana yang menimpa mu. Sesungguh nye yang demikian itu adelah dari perkara2 yang dikehendaki diambil berat melakukan nye". *

** Jagan memandang rendah pada manusia dan jangan sombong.

18. " Dan jangan lah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan jangan lah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguh nye Allah tidak suka tiap2 orang yang sombong takbur, lagi membangga diri. *

** Berjalan dengan sopan dan bersuara rendah.

19. "Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata2), sesungguh nye seburuk buruk suara ialah suara keldai" *

** Berserah diri bulat pada Allah.

22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat2 kepada Allah dengan Iklas sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguh nye ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh; dan (ingat lah)kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.  *

Was.

No comments:

Post a Comment