Bismillahirrohmanirrohim.
1. 29. Dan diantara kekuasaan Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang ia biakkan pada keduanye dari mahlok2 yang melata dan ia maha kuasa menghimpunkan mereka semua apabila Ia kehendaki.
2. 30. Dan ape jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan2 salah dan berdosa) dan Allah maaf kan sebahagian besar dari dosa2 kamu.
3.32.33.34.Dan diantara tanda2 kekuasaan Nye ialah kapal2 yang tinggi seperti gunung belayar laju merempuh lautan.. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin maka tinggallah kapal2 itu terapung di muka lautan..atau jika Ia binasakan kapal2 disebabkan dosa2 yang dilakukan olih orang2 nye. Lalu sesetengah nye mati lemas dan sesetengahnye diselamatkan dengan jalan, Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa2 mereka.
4.36. Olih itu ape jua yang diberi kepada kamu maka ia hanyelah kesenangan hidup didunia sahaja, dan sebalik nye disisi Allah pahala hari ahirat lebih baik dan lebih kekal, bagi orang2 yang beriman dan berserah bulat kepada Rabbinye.
5.37. Dan juga lebih baik dan kekal bagi orang2 yang menjauh dosa2 besar serta perbuatan yang keji. Dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkan.
6.38. Dan juga lebih baik dan kekal bagi orang2 yang menyahut dan menyambut perintah Rabbi nye serta mendirikan solat dengan sempurna dan urasan mereka dijalankan secara bermusyuarat sesame mereka dan pula mereka menderma sebahagian dari ape yang Kami beri kepadanye.
6.39. Dan juga lebih baik bagi orang2 yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan cara zalim mereka hanye bertindak membela diri sepadan dan tidak melampaui batas.
6.40. Dan jika kamu hendak membalas maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengan nya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanye maka pahala tetap dijamin olih Allah. Sesungguhnye Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.
Note.
1. Allah membiakkan mahlok.
2. Kesusahan ditimpa mereka yang berbuat dosa.
3. Lebih baik menjauhi dosa2 besar dan perbuatan keji.
4. Perbuatan zalim hendaklah di balas sepadan, sebaik2 nye memaafkan nye.
5. Solat lah dengan sempurna.
6. Urusan hendaklah dijalankan secara bermusyuarat
7. Digalakkan menderma harta.
8. Berserahlah bulat2 kepada Rabbi.
No comments:
Post a Comment