Monday 10 June 2019

Al Furqaan. Nabi Dihina dan Didustakan.

Bismillahhirohmanirrohim.

*Catatan ini untuk memahami  wahyu Allah sahaja.

1. Alquran diturunkan untuk menjadi peringatan  dan amaran bagi penduduk seluruh alam.

2. Allah Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak dan sekutu dalam pemerintahan Nye. Dan Dia mencipta sesuatu, lalu menetapkan ukuran2 nye. (Takdir yang sempurna)

3. Namun mereka  mengambil tuhan2 selain Allah, pada hal tuhan2 itu tidak mencipta ape2 pun,  bahkan tuhan2 itu sendiri diciptakan dan dia tiada kuasa menolak bahaya  diri sendiri dan tidak ade munafaat, tidak ade kuasa mematikan, menghidupkan dan membangkitkan.

4. Mereka menuduh bahawa alquran ini  hanya lah kebohongan yang direka2 olih Muhammad dengan dibantu orang lain.
Tuduhan ini zalim dan dusta yang besar.
5. Dan mereka berkata lagi al Quran itu  adalah cerita2 donging dahulukala supaya ditulis dan dibaca kepada nye (Rosul) setiap pagi dan petang. (Untuk dihafal).

6. Katekan bahawa al Quran ini diturunkan olih Allah yang mengetahui rasia di langit dan bumi. Sesunggguh nye Die Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

7. Mereka berkata mengapa Rasul ini  makan minnum  dan berjalan dipasar2 . Sepatut nye diturun bersama2 malaikat supaya dapat memberi peringatan bersama dea.
8. Atau mengapa tidak diturun kan harta kekayaan, dia tiada pun kebun untuk makan hasil nye dan orang zalim itu berkata kepada orang yang beriman lagi " kamu pengikut orang lelaki yang  tidak siuman (kena sihir)."

9. Lihatlah mereka membuat perbandingan yang bukan2, dengan itu sesat lah mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

10. Maha suci Allah jika dia kehendaki Dea jadikan lebih baik dari itu yaitu syurga dan istana untuk mu.

11. Mereka mendustakan ade nye hari kiamat. Mereka disediakan neraka yang menyala2 siapa yang mendustakan nye.
12. Neraka  bersuara dengan gemuruh kerana marahnye.
13. Mereka dilempar ditempat yg sempit dan dibelenggu, mereka berteriak mengharapkan kebinasaan.
14. Jangan mengharapkan satu kebinasaan melainkan kebinasaan itu  berulang2.

15. Katakanlah apakah azab itu lebih baik atau syurga yang dijanjikan kepada orang2 yang bertaqwa.
16. Disyurga segala ape yang mereka kehendaki, ada didalam nye, dan mereka kekal selama2 nye.

17. Pada hari dikumpul barang yang disembah ditanya "ape kah kamu yang menyesatkan hamba2 Ku"
18.mereka menjawab tidak ade selain dari  Allah sebagai pelindung yang disembah.Tetapi Engkau telah melimpahkan kemewahan  kepada mereka dan datuk nenek mereka sehingga mereka lalai cuai melupakan peringatan ajaran ugama Mu dan menjadilah mereka kaum yang binasa.
19. Sesungguh nye  yang kamu sembah telah mendustakan dakwaan bahawa mereka meyesatkan kamu. Olih itu  kamu tidak dapat menjauhi azab seksa dan berolih pertolongan. Sesiapa yang berlaku zalim diantara kamu akan mendapat azab seksa yang besar.

20. Allah mengutuskan rasul sebelum ini mereka makan makanan dan berjalan dipasar2. Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebahagian yang lain. Mau kah kamu bersabar? Dan Tuhan mu Maha Melihat.

Nota rengkas.

1. Alquran  diturunkan  untuk peringatan dan amaran olih Allah.

2. Ada manusia mengambil tuhan2 ciptaan selain Allah.

3. Mereka menuduh Alquran ini rekaan nabi dan cerita2 dongeng dengan bantuan orang lain.

4. Mereka mengata Nabi itu manusia biasa, makan minum, berjalan dipasar, tiada harta, tiada kebun dan tiada diturun bersama malikat. Juga menuduh Nabi itu gila dan sihir. Nabi sebelum nye pun sama sebahagian dari kalangan manusia.

5. Mereka menyembah selain Allah dan mendustakan Alquran dan hari kiamat kerana itu mereka di humban ke neraka.

6. Kemewahan yang dilempah Allah menyebabkan  mereka cuai dan lupa dari mengingati ajaran agama Allah.

7. Orang beriman akan kesyurga, ape sahaja dikehendaki tersedia dan kekal disana.

S.a.w

No comments:

Post a Comment