Friday 14 June 2019

Al Furqan 4. Ciptaan2, Dosa dan Taubat.

Bismillahhirrahmanirrohim.

Catatan terjemahan ini sekadar untuk memahami wahyu Ilahi sahaja.

61. Allah lah menjadikan dilangit  gugusan bintang2, matahari dan bulan.

62. Dialah yang menjadikan siang dan malam silih berganti.

63. Hamba2 Allah Yang Maha Pengasih itu adalah hamba2 yang berjalan dibumi merendah hati. Bila orang bodoh menyapa mereka dengan menghina  mereka mengucapkan salam.

64. Dan orang2 yang beribadah diwaktu malam.

65. Orang2 yang memohon dijauhkan azab api neraka. Sesungguhnye azab binasa itu yang kekal.

66. Jahannam adalah seburuk2 tempat kediaman.

67. Orang2 yang mengimfak harta mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir.

68. Orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sembahan lain. Tidak membunuh orang kecuali dengan alasan yang benar. Dan tidak berzina; Barang siapa melakukan nye akan mendapat hukuman berat.
69. Akan dilipatgandakan azab pada hari kiamat dan kekal dalam keadaan hina.

70. Kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan. Maka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

71. Orang yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan itulah sebenar2 taubat.

72.  Tidak kesaksian falsu.  Dan bila bertemu dengan orang melakukan pekara yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehurmatan diri.

73. Orang2 yang diberi peringatan  mereka tidak tuli dan buta.

74. Dan orang2 yang memohon agar mendapat pasangan dan keturunan yang menyenangkan hati. Dan jadi pemimpin orang yang taqwa.

75. Mereka ini dibalas ketempat yang tinggi dan mereka disambut dengan penghurmatan dan salam.

76. Mereka kekal dalam syurga sebaik2  tempat kediaman.

77. Katakan lah Muhammad " Tuhan ku tidak menghargai kamu jika tidak ada doa ibadat  kamu kepada Nye. Sesungguh nye kamu telah menyalahi ketepan Tuhan.  Kerana itu balasan  azab akan ditimpa kepada kamu.

Nota pendik.

1. Semua yang ada dan berlaku di Alam ini adalah ciptaan Allah.
2. Dosa2 besar berat hukuman nye.
3. Bertaubat dan membuat kerja2 kebajikan adalah sebenar2 taubat menghapus dosa diganti kebaikan.
4. Berdoa lah hanye kepada Allah apa yang di hajati.

Was.

No comments:

Post a Comment