Wednesday 17 April 2013

Teringat pesan bonda

     Kediaman didunia ini adalah persinggahan sementara,  tidak lebih sehari mengikut alam abadi dan Mungkin sekerat hari sahaja. Kata bonda dua pekara ini diwajibkan pada kita iaitu menunaikan fardu ain dan fardu kifayah.  Dua fardu ini ta bolih di tinggalkan kalau salah satu tidak dibuat maka terhinalah agama ini. Kesepaduan kedua2 fardu ini jika disalah tafsirkan menyebabkan kita tertinggal dan matlamat al falah (kejayaan agong) gagal lah dicapai didunia ini.
     Fardu ain  adalah ibadat khusus setiap diri wajib mengerjakan  rukun yang lima seperti pengesaan tuhan, sembahyang, puasa, zakat, fitrah dan haji. Ibadat yang difardukan ini bertujuan untuk membentuk ahlak yang mulia dikalangan umat dari yang zahir maupun batin.
    Manakala fardu kifayah pula mengutamakan  keperluan2 manusia dan pembagunan kemasyarakatan bertunjangkan proses untuk keperluan umat, seperti keperluan makanan yang halal, kelengkapan2 badani dan segala urusan mengenai nya seperti dalam hal pembuatan dan pengedaran , sebagai contoh keperluan kasut alas untuk berjalan, kain keperluan pakaian. senjata Untuk keperluan pertahanan. Kenderaan untuk pengangkutan dan perhubungan. sekolah untuk keperluan ilmu. kilang perlu untuk penghasilan kuantiti yang mencukupi untuk umat. misalnya jumlah orang islam di negeri perak ada satu juta wajib pruduksinya lebih dari itu untuk keperluannya dsb.nya.
     Kedua dua fardu yang di tetapkan itu adalah wajib dilaksanakan oleh setiap muslim hanya bagi fardu kifayah itu, wajib pada semua namun jika sebahagian  di kalangan umat tidak berkeupayaan bembuat, atau mengadakan atau menyediakannya  keperluan  itu maka seluruh umat akan tertanggung dosa nya erti nya jika ada sebagian umat membuat nya maka terlepaslah tangungjawab itu dari kalangan umat..sebagai contuh keperluan umat adalah pakaian jika sebagian kita tidak berkeupayaan mengeluarkan kain, mengedar kain atau  berniaga dan membuat pakaian, maka seluruh umut akan berdosa,kerana fardu kifayah tidak tertunai. Bagitulah pada keperluan yang lain2 nya seperti espek ekonominya, pertanian, perniagaan, perusahaan pelajaran siasah keselamatan dan ketenteraan, sains dan teknoloji dan lain keperluan manusia yang asas dan yang berkembang dari masa kesemasa dan akan datang. Sama lah seperti keperluan kita seorang doktor pakar perubatan ketika sakit, seorang jurutera untuk projek pembagunan, seorang hafizan untuk panduan benar,  atau keperluan peguasaan teknologi untuk pelbagai kegunaan seperti untuk perhubungan, maklumat , peralatan ketenteraan dsb.
     Fardu kifayah ini adalah untuk meningkatkan martabat umat dan agamanya sesuai untuk keperluan semasa. Selagi ia bukan menyalahi syarak untuk bermegah2 atau lebih menyintai dunia, dengan tanpa melupai tangung jawabnya kepada masyarakat , yakni bukan untuk kepentingan dirinya semata, dan serentak dapat melaksanakan fardu ain untuk ahlak dan roh terunggul untuk masyarakatnya,  maka segala pekerjaannya yang ikhlas itu akan diredhoi Allah, segala amalnya akan mendapat tempat yang tinggi disisi tuhannya.
      Kata ibu lagi bukan seperti yang diucap dan difahami umun "fardhu ain fardu kifayah, buat lain, yang lain ta payah". atau yang difahamkan fardu kifayah itu 'sembahyang mayat' sahaja.kalau itulah fahamnya maka rosaklah umat malulah agama.

No comments:

Post a Comment