Sunday 21 April 2013

Cantik jiwa merana

      Cantik, molek, indah, dan menawan adalah idaman atau menjadi idam kita. Kita rasa seronok jika kita memiliki yang cantik-cantik. Jika kita memiliki sebuah rumah yang cantik  kita pasti gembira. Kalau kita memiliki sebuah kereta baru yang cantik kita juga gembira.bagitulah jika kita dapat apa yang cantik pasti menyeronokan kita.
       Kita akan rasa bangga bila kita memiliki yang cantik2, kalau dapat isteri cantik kita rasa bangga. Kalau ada girlfrend cantik kita rasa dunia kita yang punya. Dengan itu cantik menjadi pilehan kita. Itu adalah pilihan  baik, ia memewahkan ati kita, megumbirakan diri kita menyeronokan  kita.
        sebenarnya cantik itu ukuran rasa, ukuran hati, ukuran cinta, kalau dah suka semua nya cantik semua nya indah. Cantik sebenarnya relatif  tidak sama antara seorang dengan seorang. Sebenarnya cantik itu adalah pemandangan dan rasa-rasa sahaja. yang sebenarnya cantik itu pada ati terdalam roh nya.kalau itu cantik maka cantiklah seluruh nya. Seperti kereta kalau baik enginnya maka cantiklah dia, lakulah jualannya tapi kalau meragam enginnya walaupun elok desine nya, ta lakulah dia. Begitupun jika mendapat isteri yang cantik tetapi kerenahnya, layanan buruknya nya, ucapan kasarnya, buruk perangainya maka tiadalah keindahan dan kecantikan rumah tangganya. Berapa ramai ceritanya orang beristeri cantik porak peranda.Seperti kata nabi,  isteri itu dipilih kerana cantiknya, kerana kekayaannya, kerana bangsawan nya, tetapi beruntunglah mereka memilih isteri kerana ugamanya. Kerana agama itu membentuk rohaninya yang cantik.
     Cantik itu sifatnya sementara sahaja.mengikut ukuran waktu dan usia, tiada kekal selama lamanya. Ari ini cantik esok hodoh boleh cantik semula, boleh saling silih berganti, itu kerana hati kita berbolak balik. Ati kita bukan kita yang punya, bagitu jua semuanya yang ada didunia bukan kita yang punya, kita ta boleh menyintai dunia, kita ta boleh cinta dunia kerana itu cinta sementara, kita kena mencintai yang Esa, yang kekal selama-lamanya. Kalau kita sangat menyintai dunia akan dirobek Nya ati kita hingga tinggal dalam merana.

No comments:

Post a Comment