Monday 1 April 2013

Batas batas kita

Batas itu adalah pemisah. Pemisah antara dua.Batas itu sempadan seperti terpisah hitam dan putih. Benar atau salah. Siang dan malam,baik pekara zahir ataupun batin.
        Dalam hal agama; Islam itu hak, quran itu benar dan betul dari Allah sebagai petunjuk kehidupan dunia dan alam ahirat. Yang lain palsu, ta betul, mengarut ciptaan manusia sahaja. Kalau kita berfikir, berkata kata, kalau berbincang berfatwa, beceramah, berniaga, berseloroh,  orang islam batasnya adalah ajaran kitab dan rasul.
         Batas dalam pengucapan wajib ada 3 pekara. 1.Redho Allah dan rasul. 2.Fakta bukan palsu.3.Samada menyakit kan hati orang lain atau tidak.
1.Ucapan, pecakapan dan kata kata yang salah dan tidak redo Allah akan berdosa dan membawa musibah atau sirik dsb. Boleh membawa ke neraka.
2. Percakapan yang tidak ada kajian mendalam bukan  fakta itu palsu. Percakapan mesti ada asas yang benar. Ada kajian mendalam,ada risikan betul,melihat kejadian sebenar, atau mendalami bidang atau pakar bidang nya dan  Bercakap benar bukan berdusta, bukan pesepsi, bukan reka reka,bukan andaian bukan analoji.bukan juga pandangan pribadi.bukan putar belit,bukan tohmahan, bukan juga sakaan2 atau buruk sangka atau perli memerli.
3.Sebelum bercakap kena fikir dulu dengan ungkapan dan katakata kita. Adakah menyebabkan orang terluka, sakit hati dan menderita, atau gembira, ria atau selesa.  Itulah sifat hikmah.Orang tiada hikmah ini ta boleh di lantik menjadi ketua,orang  percaya sementara saja. Orang ini ahirnya di benci  raayat dan orang ramai. Kalau halak sekalipun jika hendak menasihati orang kena tengok air muka , kalau berubah air muka nya cari lah kesempatan lain untuk menasihatinya. Kalau diteruskan juga mungkin bala menimpa.
      Pegawai kerajaan ada batas bercakap.ta boleh bercakap pasal rahsia. 3 pekara kena jaga 1. Pasal mmk atau kabinat 2.pasal keselamatan 3.hal hal luar negeri. Kalau silap ta pasal pasal di gari lagi mindatori.
     Manusia memang mahu bercakap olih itu kena jaga batas. Kena cakap yang ta dilarang atau cakap ta mengumpat dan fitnah orang. Cakaplah fasal univesal, fasal umum, pasal sistem atau diam sahaja lebih baik. Jangan nak tunjuk terra tapi makan diri sendiri.
       Orang yang mendengar ucapan dan cakap orang juga mesti bijaksana.1. Diam 2. Analisa  fakta atau dongingan. Kita mesti pandai membeda cakap cakap mereka samada cakap serious, cakap bermaana, cakap jenaka, cakap nasihat, cakap pengaruh, cakap sindiran, cakap fakta, cakap marah,cakap ugama, cakap dogengan, cakap ilmu, cakap bijaksana,cakap iklas, cakap bodoh, cakap memperlekihkan orang dan sebagainya. Kalau betul terima kalau salah, Jika mampu nasihati atau lupakankan saja. Kalau jenaka lipurkan ati dalam  mengerti.
       Yang penting biar bercakap dan mendengar cakap tu mendapat yang istimewa. Jangan dari bercakap mendapat bala. Ingat kekawan juga, ingat saudara mara juga, lidah tu pendek aja ta bertulang, dia bersuara selalu membuka pagar gigi ta berkunci.
     Buat jahat pun ada batasnya bila dah lemah dah ta bermaya berhentilah dia atau tuhan mengubah jiwa nya, macam riang-riang rimba selaput tertinggal bila bersalin semula atau dah ingat dosa pahala.
     Ada ubi ada batas, ini lain makna nya. Ada hari akan ku balas. Dendam maana nya. Serahkan saja kepada Pentadbir Alam Yang Agong lagi bijaksana.
    Hidup sengkat di dunia sementara aje. Ada batas nya. Ada batasnya. Ikhtiar kita adalah bersungguh2 mencari ketetapan tuhan sahaja yang di namakan kadaq dan qadar Allah.

No comments:

Post a Comment