Thursday 9 May 2013

Sifat2 zalim mazmumah tercela dan dosa.

      Sifat2 buruk yang menjadi tegahan agama dewasa ini seolah2 menjadi amalan kebiasaan dan budaya yang sedang menular dalam masyarakat hatta dalam masyarakat islam. Mungkin segala larangan, ia pernah diketahui dan di ajar tetapi kelihatan ia dilampaui kerana dek pengaruh semasa dan orentasi individulistik. Asas ingat mengingati secara berterusan kian tenggelam dan nasehat menasihati juga telah di salah erti kepada pengaruh mempengaruhi.
     Bersama ini terdapat senarai sifat dan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama dan perbuatan2 keji yang disenarai oleh tokoh2 arifin  seperti dibawah, kita panjatkan dengan segala doa semuga dan supaya di jauhi Allah dari kita jua.

1.Shyeh Abdul Kadir Jailani.
Sifat Sombong. Dendam. Dengki. Kikir. Ujub. Gibah,( mengumpat)(mengumpat itu lebih besar dari zina) . Namimah (mengadudumba). Bohong. Hasad. Fitnah. Riya,(riya adalah sirik khafi). Pikiran bangsa nafsu. Menyenangi makan minum,pakaian, menyintai keluarga,binatang kuda dsb.Riya. Sum'ah dan kemasyhuran, dan yang mengarah adanya kesenangan.
2.Imam al Ghazali.
Banyak makan. Banyak cakap. Marah. Hasad. Bahil. Cintakan kemegahan. Cintakan dunia. Bangga diri. Ujub (hairan diri). Riya (menunjuk nunjuk)
3.Syeh Abdul kadir Abdul Mutalib dlm Penawar Bagi Hati.
Gelojoh ketika makan. Banyak bercakap. Suka marah marah. Hasad dengki. Kedekut bahil.Bermegah megah. Cintakan dunia. Ego sombong. Ujub, suka bangga diri. Gemarkan pujian atau riak.
4. Dosa, dosa-dosa besar.
Syirik pada Allah. Kesaksian palsu. Makan riba. Makan harta anak yatim. Lari ketika perang Minum arak. Berjudi.  Berzina. Menuduh perempuan mukmin melalukan zina yang tiada ingatan melakukan nya. Berjudi. Bertenung nasib. Minum arak dan minuman yang memabukan. Derhaka kepada dua ibu bapa. Mencipta dan memalsukan hadis dan ayat quran. Mengambil harta orang dengan tanpa izin spt mencuri merompak dsb. Membunuh jiwa dengam cara yang tidak dibenarkan.              Secara umum nya adalah berdosa
Meninggalkan pekara2 yang diwajibkan atau yang difardhukan oleh kitabullah dan sunah nabi dan membuat atau  melakukan pula yang dilarang Allah dan Rasul Nya.

No comments:

Post a Comment