Wednesday 1 May 2013

Ku harap cinta dan kasih sayang Mu jua.

Hidup ini bukan didunia sahaja. Hakikat kehidupan kita adalah didua alam, alam roh di lahut, alam ahirat dan alam nyata di alam mulki, alam dunia. Alam dunia ini alam sementara manakala alam lahut adalah alam kekal selamalamanya. Semua akan kesana balik ketempat asal.Di alam mulki kita diminta taat atas segala perintah tuhan. Menyembah nya. Mereka yang taat dengan syariat akan diberi balasan yang baik di ahirat nanti,iaitu syurga maawa sebagai ganjaran. Bilangan yang taat kepada syariat tuhan sangat sedikit jumlah nya. Ini kerana kehidupan didunia ini penoh dengan tipu daya.ragam dan karenah. Kapalsuan dan kepura2an. Penoh dengan drama dan lakunan, sangat sedikit berada atas landasan kejujuran keiklasan dan kebenaran yang lainnya dikuasa nafsu nafsi dan sarakah. Sebenarnya itulah dunia ini, dunia yang dicipta Tuhan, manusia bersama iblis dan nafsu. Manusia ada tiga unsur ini. Sebagai manusia kita ta dapat lari dari godaan ini. Itu ujian Tuhan dan untuk di tapis seperti menampi padi yang hampa akan terbang dan bernas ditinggalkan.Sebaik mana pun kita tetap di goda,ramai yang gagal dari yang berjaya.Nabi adam pun pernah gagal digoda. Erti nya manusia semua membuat dosa sengaja atau tidak sengaja. Nampak atau tersembunyi, dosa hati atau dosa zahir, dosa dengan mahluk dan dosa dengan tuhan. Di ahirat nanti amalan kita akan di adili bukan sahaja kerana dosa kejahatan, pahala kebaikannya, tetapi berat atau ringan timbangan dosa pahala nya. Siapa berat timbangan dosanya keneraka lah dia, berat timbangan kebaikannya ke syurga lah dia.Walaupun dengan sedikit lebih timbangan kebaikan nya ia telepas dari neraka. Itulah yang diharap dari shafaat Nabi Muhammad agar timbangan kebaikan melebihi dari kejahatan bila mata timbangan hampirsama.Yang sangat penting, kita amat mengharap rahmat Yang Maha Esa. Untuk menentukan kita masuk syurga ada lah dari rahmat nya. Dia lah yang menentukan nya. Hak dia, syurga itu hak Allah. Sesiapa yang di kehendaki nya kesana, kesanalah dia. Sesiapa yang dikehendaki nya masuk syurga maka diberinya rahmat keampunan. Dipaksanya jalan kebaikan. Diubahnya jiwa, disucinya kalbi, jadilah dia orang yang bertaubat menyesal diri, kesilapan lampau.Sama seperti kesah Atabat Gulam orang terjahat di Tanah Arab dan Omar al Khatab sebelum masuk islam. Walaupun Allah telah menentukan tempat kita, namun kita sentiasa berdoa semuga Allah memberi keampunan dan rahmat nya dan menempatkan jua kepada kita ditempat orang2 yang soleh kerana kita sebenarnya sangat takut akan api neraka kerana seksanya tiada tara.

No comments:

Post a Comment