Thursday 30 May 2013

Cinta dari roh yang terpendam disingkap.

  Segala puji bagi Allah dan yang telah menurunkan  al Quran melalui hamba pilihan Muhammad saw dan diamal oleh para wali dan solihin dan orang2 yang dikehendakiNya.
   Bahawa hendaklah diketahui,  mahluk pertama di cipta Allah adalah " Roh Muhammad saw ".Ia dicipta dari Jamalillah " seperti firman Nya didalam hadis qudsi "Aku ciptakan Roh Muhammad dari cahaya Zat Ku " .Dan  dari Roh Nor Muhammad, Allah mencipta pula roh manusia selainnya di alam Lahut.
   Setelah penciptaan ini, Allah berkehandak menurunkan manusia kealam yang lebih rendah untuk menyempurnakan kemanusiaannya dan pendekatannya kepada Allah  iaitu dimaqam para wali dan nabi. Maka Adam dicipta bersama Hawa yang menjadi bapa dan ibu seluruh umat.
    Pertama Allah menurunkan roh Qudsi yang di cipta dari nor Muhammad kealam Jabarut yang dibalut cahaya yang dinamakan 'ruh Sultani' kemudian kealam Malakut disebut 'roh Sirani Rawani' dan dialam Mulki disebut 'roh Jasmani'
      Tujuan utama manusia didatangi kedunia ini adalah supaya manusia mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai darjat menggunakan hati dan jasad.
    Allah memerintahkan roh seluruh lapisan untuk masuk kedalam jasad ditempat masing2

1. ROH JASMANI. Ditempatkan diantara daging dan darah, diwilayah dada dan anggota badan yang zahir. Amalan nya adalah syariat yang difardukan Allah tanpa syirik, riak dan sum'ah. Yang menghasilkan pertolongan Allah,mukasafah,'terbuka hijab' dan musyahadah dan karamatullah karniah dan berahir ke Janaatul Ma'awa.「 Syurga.」

2. ROH ROHANI. Ditempatkan di hati dengan mengamalkan nama Allah, Asma ul Husna. Sabda nabi "  Allah memiliki 99 nama. Orang yang menguasainya akan masuk syurga". Ia itu berahlak dengan Asma ul Husna. Duabelas nama ini adalah sumber dari  seluruh nama2 Allah sesuai dengan huruf LAILAHAILLAHLALLAH. 12 huruf mereka ini di ahirat akan di tempatkan Janatulnaim.

3. ROH SULTONI.Tempatnya di Fuad iaitu matahati.Dengan makrifat kepada Allah yang akan dapat melihat pantulan Jamalillah, keindahan Allah. Diahirat nanti mereka akan ditempatkan ke Janahtul Firdaus.

4. ROH AL QUDSI. Adalah didalam sir 'rasa'. Seperti firman Allah "Manusia adalah rahsia Ku dan Aku adalah rasia manusia" untuk sampainya ke alam ini adalah melalui Ilmu Hakikat iaitu ilmu Tauhid dengan mudawamah nama2 Tauhid. Yang akan menghasilkan tiflul maani, musyahadah serta terarah melihat kepada Zat Allah, dalam ke agungan Nya, dalam keindahan Nya dengan penglihatan sirri.

   "Wajah2 mukmin pada hari itu berseri.Kepada Tuhannya mereka melihat."
     TANPA BENTUK, CARA DAN PERUMPAMAAN, BILA MANUSIATELAH SAMPAI KEPADA TUJUAN NYA, MAKA AKAL TIDAK AKAN MAMPU MENGGAMBARKAN NYA,HATI TIDAK MAMPU MEMBAYANGKAN NYA, LIDAH TIDAK MAMPU MEMBICARAKANNYA DAN TIDAK MAMPU MEMBERITAHUNYA KERANA ALLAH BERSIH DARI PERUMPAMAAN.

No comments:

Post a Comment