Thursday 1 August 2013

PESAN KUTBAH TERAHIR RASULLAH SAW.

Pesan terakhir ini disampaikan ketika Rasullah mengerjakan haji terakhir pada 9 zulhijah tahun 10 hijrah' di Lembah Uranah, di Bukit Arafah, dihadapan kaum muslimin, antara isi kutbah itu..

"  Wahai manusia dengarlah baik2 apa yang hendak Aku katakan, Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Olih itu dengarlah dengan teliti kata2 ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu mengangap bulan ini dan kota ini sebagai suci anggaplah jiwa dan harta setiap orang2 muslim sebagai amanah suci, kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti hati sesiapa pun agar orang lain tidak  menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan  menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan  riba olih itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan dari keselamatan agama kamu dia telah berputus asa untuk  menyesatlan kamu dalam perkara2 besar maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 yang kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri2 kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu. Maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguh nya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka samasekali tidak boleh masukan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengar sungguh2 kata2 ini. Sembahlah Allah, dirikan solat lima waktu, berpuasalah dibulan Romadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk di pertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Olih itu awasilah agar jangan sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan Ku.

Wahai manusia tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas Ku dan tidak akan lahir agama baru,
olih itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata2 yang telah Aku sampaikan kepada kamu. Sesungguh nya Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2 nya nescaya kamu ta akan tersesat selama-lamanya iaitu al Quran dan Sunah Ku.

Hedaklah orang yang mendengar ucapan ini menyampaikan pula kepada orang lain semuga yang terahir lebih memahami kata2 ku dari mereka yang terus mendengar dari Ku.

Saksikanlah ya Allah bahawasa nya Aku sampaikan risalah Mu kepada hamba2 Mu."

No comments:

Post a Comment