Wednesday 7 August 2013

Surah AR RA'D


Rengkasan surah ini adalah seperti berikut.

1. Allah menjadikan langit tanpa tiang,  matahari dan bulan beredar mengikut ketetapannya.
2.Allah menjadikan bumi terbentang luas dengan gunung2, sungai2 dan buah2an dijadikanNya pasang2an dan siang malam silih berganti.
3. Allah adakan berbagai topok tanah berdekatan tetapi berlainan keadaan. Ada anggor, kurma disirami air yang sama tetapi dilebihkan buah disetengah tempat dengan di sesetengah tempat, yang juga lain rasa dan baunya.
4. Allah mengetahui apa yang dikandung setiap ibu samada kurang atau lebih.(cacat atau tidak)
5. Allah mengetahui yang ghaib dan nyata, pada malam atau siang.
6. Setiap seorang ada malaikat penjaga silih berganti siang dan malam (malaikat hafazah)
7. Allah tidak mengubah satu2 kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
8. Bila Allah menimpa bencana tidak ada siapa dapat menolak bala kecuali Allah.
9. Allah perlihatkan kilat supaya kamu takut dan memberi harapan hujan turun dan menjadikan awan tebal yang berat dengan air hujan.
10. Allah menyebabkan guruh dan malaikat bertasbih memujiNya. Dan Allah menghantar petir dan memanah sesiapa yang di kehendakinya.
11. Semua tunduk dibawah kekuasaan Allah, samada suka atau tidak atau sedar atau tidak sedari. Tidak patut menyembah selain dari Allah kerana Allah mentadbir dan memelihara langit dan bumi. Dan Allah mencipta setiap sesuatu.
12. Allah membuat misalan.
a. Orng buta ta sama dengan orang celik.
b. Terang dan gelap ta sama.
c. Allah menurunkan hujan dan banjir ada buih, tanah lembah utk faedah mahlok
d. Barang2 yang diperbuat dari api seperti alat pekakas juga ada buih (tahi besi)
Yang berfaedah utk manusia,      yang buih ta berfaedah dibuang, misalan ini bagi mereka yang menyahut seruan dibalas baik, yang kufur walaupun kaya dan memiliki segala, disediakan hisab  yang buruk.
13. Orang yang beriman dengan alQuran
      a. Orang yang ta buta matahati.
      b. Orang yang menyempurnakan  janji Allah.
      c. Orang yang menghubung pekara2 yang  disuruh Allah. Supaya berhubungan.
      d. Orang yang takut adanya kesukaran   hari menghitung amal     (kiamat )     
      e. Orang yang bimbang akan kemurkaan Allah.
      f. Orang yang sabar kerana Allah semata2
     g. Orang yang mendirikan solat.
     h. Orang yang menderma secara terang atau sembunyi.
      l. Menolak kejahatan dengan cara yang baik
                             
14. Orang2 kapir berolih laknat dan balasan buruk.
15. Allah memberi petunjuk kejalan agama Nya kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Orang2 beriman tenteram hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah dengan zikirullah tenang tenteramlah hati manusia.
16. Al quran adalah kitab suci yang mengandungi mukjizat.
17. Diterangkan sifat2 surga,
        a. Sungainya sentiasa mengalir disekitar taman.
        b. Makanan nya kekal ta putus2
        c. Dinaungi sentiasa teduh.

No comments:

Post a Comment