Friday 27 September 2013

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Agrofest Perak 2013.

     Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Perak  bertuah kerana mereka mempunyai hari2 tertentu mendapat pengiktirafan kerajaan atas usaha mereka memajukan kegiatan pertanian,penternakan dan perikanan. Setiap tahun Sungai Siput  menjadi tempat perhimpunan mereka itu.

Disinilah majlis Anugerah Peladang,Penternak dan Nelayan Jaya disampaikan olih pemimpin2. Disinilah tempat petani, peniaga mempamirkan jualan hasil tani mereka, disinilah peniaga mencari rezeki dengan bermacam2 jualan dan disinilah penternak mempamirkan ternakan tergemuk, tersehat dari ladang2 mereka.Selama beberapa hari itu, bagaikan pesta petani untuk raayat  melihat teknologi baru terkini dan pelbagai penemuan2 baru di capai oleh kaumtani.

Petani, penternak, dan nelayan sebenarnya memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada raayat negeri ini,sebagai raayat yang memerlukan makanan, Perak mewah dengan bekalan ikan, sayur2an dan daging. Malaysia amnya menikmati kehidupan yang mewah dari hasil petani2 dibandingkan dengan kotaraya besar dunia yang kebanyakan nya kekurang bahan makanan dengan harga yang melambung.

Pada perasmian majlis yang dilakukan olih YAB MB  Dt Sri Zamri Abd Kadir beliau telah melaporkan  bahawa " Dari sektor pertanian kita dapati penanam padi meningkat 7.2 peratus atau 200.000tan bagi 2012 berbanding 186.000tan pada 2011. Sayur2an pula meningkat 24.900tan berbanding 20.100 tan pada 2011. Manakala sektor perikanan pula meningkat sebanyak 316 juta tan metrik bernilai Rm 1.7 bilion pada2012 berbanding123.000 mt bernilai Rm 742.75 juta sebelumnya.

Pembagunan industri pertanian  penternakan secara besar2an  patut menjadi ajenda utama negeri ini, kerana negeri ini mempunyai pantai dan laut dan sungai yang membolehkan industri ternakan sungai dan laut  dapat berkembang maju, begitu juga bahawa perak mempunyai kawasan tanah yang luas dengan tanaman kelapa sawit yang membolihkan juga menternak dilakukan serentak. Progrem campuran produk ini sangat menguntungkan dan ekonamik khasnya pada tanah.

Bagi saya yang penting adalah meguasai pertanian sebagai suatu industri dan perniagaan. Setiap benda yang bolih menjadi makanan dilakukan penyelidikan, di popularkan dan di komesilkan walau sekecil mana  jenis yang menjadi makanan kita kita komesilkan, sebagai contuh buah letup2, buah lemba, buah sorin yang satu ketika menjadi bahan makan dari minyaknya, buah jering, petai, paku pakis, ulaman2 dll boleh menjadi tanaman penting jika kena gayanya.

Adalah diharap semua ajensi memainkan peranan menyelidik,menkaji, mempopular dan memajukan sektor tani dan penternakan di negeri ini.

was.



No comments:

Post a Comment