Tuesday 3 September 2013

Pelancungan "Apa orang suka kita buat, disetempat"

Pembagunan sektor pelancungan adalah usaha untuk meningkatkan ekonomi negeri melalui kehadiran orang ramai dari dalam dan luar negeri, mengunjungi satu2 tempat menarik, indah, bersejarah, tempat yang menyukakan, menyeronokan, tempat beli belah dan sebagainya. Tempat orang bersukaria bersama keluarga menghabiskan cuti hujung minggu, hujung bulan atau tahunan.

Merujuk kepada matlamat ini maka fokus pelancungan adalah keluarga, hiburan,tempat makan, tempat beli belah, tempat keseronokan dan hiburan, kemudahan tempat kediaman, pengangkutan dsb. Jesteru itu jika kita ingin membagunkan sektor pelancungan secara komprihensif maka fokus kita seharusnya mengarah kepada progrem memodenkan apa2 yang bersifat lokal kepada yang membawa unsur2 globle lagi menarik dan yang internasional. Yak ni mencipta kekuatan lokal dan internasional dan serantau.

Saya suka melihat satu gabungan padu diujudkan sebagai satu pusat, tempat, kawasan pelancungan dalam negeri sebagai suatu model diperkenalkan, bukan buat dimerata2 tempat dan bukan picisan2, tanpa pemusatan padu. Yang penting membangunkan satu2 kawasan hingga berjaya dan dikenali. Di majukan mengikut batas2 kesukaan manusia. Moden, aman, lengkap, menyeronokan, selamat, membanggakan dan ada class bersifat nasional dan globle.

Suatu tempat yang menarik, tersedia adalah perlu di diperbesarkan dan diperindahkan supaya menjadi tumpuan orang ramai yang mesti di kunjungi, tidak jadi tidak. Tempat yang sudah tersohor akan menjadi berita tanpa perlu promosi.Mereka sendiri mencari tempat itu.

Untuk penjelasan ini kita ambil satu tempat untuk di bagunkan;
Sebagai contuh di Perak ialah Kuala Kangsar.kita fokus saja ke Kuala  Kangsar. Jangan kelain2 tempat. Kuala kangsar telah terkenal bukan sahaja di Malaysia tapi di serantau dunia. Sebagai Bandar Diraja ada istana dan Masjid Ubudiah yang unik dan sejarah. Ada galari ada  makam sejarah dan lain yang berkaitan Kesultanan Perak. Selain  itu Kuala  Kangsar terletak di pesisir Sg Perak, ada MCKK yang tekenal dan pokok getah asal. Ada pusat keraf tangan dan lain aset tersedia disana, yang perlu hanyalah digarap dan diubahsuai.  Tumpukan dari segi peruntukan,perancangan dan pelaksanaan 10 tahun di Kuala Kangsar sahaja. Bawa semua faktur menarik orang kesana. Libatkan sektor kerajaan, sektur swasta lokal dan globle kesana. Mungkin kegiatan dibawah ini boleh di jadikan asas yang paling berguna memajukan sektor disini.

1.Bagunkan pasarana lokal seperti kedai kraftagan sedia ada. Perindahkan keadaan persekitaran, perbesarkan jualan, perbanyakan barangan dalam dan luar negeri. Perbesarkan sektor peruncitan pemborongan. mungkin juga mendirikan pasaraya terbesar tanpa cukai.

2.Bagunkan pusat  permakanan sedia ada secara besar2an dan modenkan. Tambah gerai makan dan keselesaan.

3.Hidupkan industri ikan sungai perak. Promosi masakan dan  jualan  barang  dan kehidupan sungai, hidup2

4. Bagunkan hotel pantai 4  atau 5 bintang dan hotel murah tepi sungai.

5.Ada kan pusat hiburan spt funfair, disney land,
Pusat cyber,theme park atau seumpamanya.supaya bersifat serantau.

6.Permajukan sektor sungai spt crusing canoeing, memancing dll.

7.Sediakan kemudahan lawatan ke Istana raja,  MCKK.Pokok getah tertua dan makam raja2 dll.

8.Sebelah malam adakan persembahan tradisi macam2 spt wayang kulit, mak yong, menora,  dll spt sambutan ulang tahun DYMM Paduka Sri Sultan zaman dulu kala.

9. Ada kan lawatan ke tempat2 penting membuat labu sayung. Pembuatan kraf tangan sulam menyulam, tempat buat keris, tempat buat pingat kebesaran dll. tempat2 ini boleh dibesar dan di indahkan.

10. Adakan pertandingan golf mingguan dan bulanan dan terbuka peringkat nasional.walaupun padang golfnya kecil.

11. Ada kan. Pusat jualan barang2 pertanian peringkat negeri setiap hari.

Yang penting adalah menyediakan suatu pakage perlancungan bersepadu dengan perbagai agensi kerajaan dan sektur swasta secara besar2an projek sekala mega yang boleh dilawati setiap hari dan bersifat globle. Dengan cara ini akan tersematlah dalam pikiran setiap orang diMalaysia untuk melawat perak pada setiap masa dengan keluarga dan sahabat handai.

Secara bandingan sektor pelancungan yang akan kita bawa ke Kuala Kangsar itu adalah sepeti ini.

1.Pusat beli belah seperti pasar siti khatijah  kelantan dan pekan rabu kedah.
2.Pusat hiburan diadakan seperti lego land di Johor atau Univesal Studio di singapura atau pusat hiburan di Genting Highland.
3. Perhotelan dimajukan seperti di port Dikson Negeri Sembilan
4. Pusat jualan  pertanian disediakan setiap hari spt sambutan hari penternak dan peladang di sg siput atau di Bangkok
5. Aktiviti sungai dihidupkan seperti di serawak  diBangkok. atau theme park di Bukit Merah.
6. Pusat makanan pelbagai juadah dalam dan luar negeri tiap2 hari, seperti pasar romadhan perdana.
7. Hiburan kebudayaan seperti istana budaya atau pesta ulang tahun DYMM dulu dulu.
8. Perluaskan kawasan Pembagunan sampai ke Kpg Senggang sebelah hilir dan Jambatan iskandar sebelah ulu.

Saya yakin peruntukan yang di labur dalam sektur ini akan  akan berhasil, dengan membetulkan promosi,dan mengaktifkan mereka yang menceburi sektor pelancungan ini kerana merekalah yang membawa pelancung kenegeri ini.Kuala Kangsar telah terkenal sejak  400 tahun dulu sebagai pusat Istana,dan kebudayaan.

Setelah kawasan ini dijayakan kalau nak memajukan  ke lain2 tempat rancanglah semula. Yang penting Kita buat satu dulu tapi nampak impak nya lebih baik dari kita buat banyak bertaburan tapi tenggelam tiada maana. Ta nampak dan  ta nampak hasilannya seperti kata pepatah 'pelabur habis pelembang ta sudah'.




No comments:

Post a Comment