Monday 9 September 2013

Peperangan menentang Jin, Iblis, syaitan perlu stratigi mantap.

Penduduk asal bumi adalah dikalangan jin tetapi mereka melakukan kerosakan, pergaduhan, berbunuhan dsb. Allah menghantar syaitan dan tentera malaikat mengusir mereka  kehutan , gunung dan lautan.

Selepas pengusiran jin, Allah mencipta Adam penganti di bumi (manusia). Jin itu siapa?, jin itu adalah iblis pertama dicipta dari api dan jin yang menderhakai Allah dan mentaati iblis adalah syaitan.

Allah berfirman. "Ketika Kami berkata kepada malaikat " sujudlah kamu kepada Adam' lalu mereka bersujud kecuali iblis. Dia berasal dari gulungan jin, lalu dia menderhakai perintah Tuhan nya. olih itu adakah patut kamu menjadikan iblis dan keturunan nya sebagai sahabat karib yang menjadi pemimpin selain dari Aku? sedangkan mereka itu musuh kamu.  Buruknya untuk orang zalim pengganti yang mereka pilih itu."

Syaitan itu bersifat dan menyuruh manusia" sombong dan takbur,suka membazir dan kufur kepada Allah, gemarkan arak, judi dan menilik nasib,pengotor, memungkiri janji,menyebar fitnah, mengapi apikan permusuhan dan pergaduhan,pemarah,benci kepada Allah, Pandai mengambil kesempatan, makan tangan kiri, gopoh gelojoh, suka merayau waktu magrib.

Abdullah Bukhari Abdul Rahim al hafiz dalam ayat2 syaitan menyimpulkan..

1.Iblis mengatur stratigi rapi dari atas air menyesatkan manusia dalam semua cara dan sudut.
2.Peperangan manusia melawan syaitan berat sebelah sebab kita ta nampak syaitan.
3.Serangan syaitan meliputi mental, fizikal, rumit dan complek. Olih itu bentuk serangan itu perlu diketahui.
4.Serangan syaitan secara mental berbentuk hasutan dan godaan yang rumit dan hampir tidak terfikir olih manusia. Antaranya.
   ¤ Memperindahkan kebatilan menukar nama yang haram kepada yang lebih lunak.
   ¤ Ektremismi terlalu berlebihan atau berkurangan dalam sesuatu pekara.
   ¤ Melengahkan dan melambatkan manusia daripada beribadat.
   ¤ Menipu manusia dengan memberi janji palsu.
   ¤ Menanam angan2, menghasud supaya mencipta bidaah dan mengubah ciptaan Allah.
   ¤ Menjauhkan manusia dari al Quran secara langsung dan ta langsung.
   ¤ Menggoda orang berilmu dengan sogokan dunia.
   ¤ Menimbulkan keraguan dalam agama.
   ¤ Nasihat palsu.
   ¤ Menjadikan manusia lupa pekara yang baik.
   ¤ Menabur fitnah.
   ¤ Menggalakan amalan sihir.
   ¤ Menakut2kan manusia dari melakukan kebaikan.
   ¤ Menggalakan pendedahan aurat.
   ¤ Menujudkan permusuhan
   ¤ Menakutkan manusia dengan mimpi ngeri.
   ¤ Mempromosikan intitusi hantu sebagai intiti yang berpengaroh dalam masyarakat.

5.Serangan fizikal pula muncul dalam beberapa bentuk.

    ¤ Rasukan jin ataupun syaitan dalam jasat manusia.
    ¤ Kebakaran rumah.
    ¤ Ganguan kepada bayi ketika lahir.
6. Jin berkemampuan merasuk badan manusia walaupun ada pertikaian.

     was.





No comments:

Post a Comment