Monday 2 December 2013

SURAH AN NAHL. LEBAH. PART 7.

68. Allah akan memberi pertolongan kepada mereka yang berhijrah sesudah difitnah dan ditindas,mereka yang berjihat serta bersabar dan Allah akan mengampunkan dosa2 mereka pada hari perhitungan. Sebagai misalannya negeri yang aman dan maamur tetapi penduduknya kufur nikmat, Allah membalas mereka dengan kelaparan, ketakutan dan azab.

69. Orang2 beriman, makanlah benda2 yang halal lagi baik dan bersyukurlah. Allah hanya mengharamkan bangkai, darah, daging babi dan binatang2 yang disembelih bukan atas nama Allah kecuali terpaksa, tidak berdosa.

70. Jangan pula mengadakan dusta, yang ini halal ini haram. Orang yang berdusta tidak berjaya.

71. Orang yang melakukan kejahatan kerana kejahilan, kemudian bertaubat dan memperbaiki amalan, Allah maha pengampun lagi maha penyayang, seperti; Nabi Ibrahim ia menyerah bulat2 dan bersyukur akan nikmat Allah. Allah wahikan kepada Nabi Muhammad supaya menurut /mengikut agama Nabi Ibrahim, yang benar bukan musyrik.

72. Hari Sabtu adalah hari kelepasan yahudi dan Allah akan .menghukum apa yang di selisehkan orang kristian Ahad, islam Jumaat. Allah maha mengetahui orang yang sesat dan yang mendapat petunjuk.

73. Jika kamu membalas kejahatan, hendaklah dibalas sama seperti  ditimpakan keatas kamu tetapi jika bersabar ia lebih baik.

74. Bersabarlah wahai Muhammad terhadap telatah orang yang ingkar. Mohonlah kepada Allah dan jangan lah berdulacita dan bersempit dada. ALLAH bersama orang2 bertaqwa dan berusaha membaiki amalan.

Was 3.12.13.12mlm

No comments:

Post a Comment