Wednesday 19 February 2014

TAKWA


Takwa bermaksud membersih diri dari perbuatan dosa yang diniat untuk dilakukan tetapi  meninggalkan niat itu untuk dikerjakan nya.

Dalam Alquran taqwa Ada 3 pengertian
1. Beerti takut. " Dan hendaklah kepada Aku sahaja kamu bertaqwa" surah albaqorqh:2:41
2. Beerti patuh dan tunduk."wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwa."
3. Takwa beerti membersih diri dari segala dosa dan inilah hakikat taqwa sebagaimana firman
Allah,  "Dan sesiapa yang taat kepada RasuNya
Dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah azab Allah,maka mereka lah orang2 yang beroleh kemenangan. Surah an Nuur:24:25.

4.Al ghazali menanmbah taqwa juga beerti menjauhi segala yang halal secara berlebih2an.

Seterusnya ulama membahagikan 3 peringkat taqwa.
1.membersih diri dari perbuatan musyrik.
2.membersih diri dari perbuatan bid 'ah.
3.membersih diri dari petbuatan maksiat.

Allah berfirman. "Tidak ada dosa bagi orang2 beriman serta mengerjakan amalan salih pada apa yang telah mereka makan dahulu,apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjaka amal salih kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan."

Nabi Muhammad bersabda " Orang2 yang bertaqwa disebut muttqin kerana mereka meninggalkan pekara2 yang tidak bermunafaat dan menjaga diri agar tidak jatuh kepada pekara2 yang merbahayakan."

Sesiapa yang dapat menahan diri  sesuatu yang di haramkan Allah (taqwa fardhu) dan  menahan diri berlebih2an dari yang halal (taqwa adap), sesungguh nya mereka telah mencapai taqwa sempurna yang di sebut "wara' kamil"  taqwa darjat tertinggi terselamat dari hisab yang lama dan aib di ahirat nanti, khasnya jika kita dapat menjaga 5 pekara anggota kita. 1. Mata             2.Telinga  3. Mulut  4. Hati 5. Perut.

Was.TK.
MAIG

No comments:

Post a Comment