Tuesday 4 February 2014

Suul khatimah

Ilmu adalah penerang kehidupan. Tanpa ilmu manusia sesat. Untuk itu imam Al Ghazali membahaskan suul khatimah(sk) ini untuk panduan kita.

Apa itu suul khatimah? Yang di maksudkan suul khatimah( sk) ialah mati tanpa beriman dan kufur kepada Allah.

Kebanyakan ilmuan islam sangat takut akan sk ini kerana kemerbahayaan nya. Sk boleh di klaskan kepada 2.

1. Ketika sikratul maut datang, hati dan perasaan mereka menjadi ragu2 dan tidak lagi mempercayai Allah hingga dia mati tanpa iman dan diazab dengan azab yang pedih.
2. Sesaorang yang dikawal perasaannya cinta kepada dunia yang tiada hubungannya dengan ahirat. Chontoh sesaorang sedang mendirikan rumah tiba2 maut menimpa nya. Sedangkan dia sendiri sedang leka mengingati rumahnya belum disiapkan, ini bererti dia mati jauh  dari mengingati Allah. Hatinya hanyut bersama harta dan dunia dan berpaling dari Allah. Azab yang pedih adalah balasan kepada mereka ini.

Peringkat pertama adalah yang paling bahaya seperti di firmankan Allah dalam Al  Quran bahawa api neraka akan di timpa kepada mereka yang hatinya tertutup kepada Allah.

Terdapat beberapa sebab orang itu bersifat suul khatimah walaupun dia sesaorang yang berhati2, zuhud dan salih. Ini disebabkan niatnya terkandung bidaah.

Nabi pernah bercerita bahawa Khawarij rajin sembahyang dan membaca quran. Dia lebih rajin dari anda hingga dahinya hitam tetapi dia membaca quran tanpa sepenoh hati, tidak merenung erti disebalik bacaannya akibatnya sembahyang nya tidak di terima Allah.

Sifat bidaah adalah sifat merbahaya yang boleh menyesatkan mahluk chontoh menganggap bahawa Allah seperti mahluk benar2 duduk diatas arasy singgahsana ghaib. Bila datang siratulmaut dan bila hijab terbuka dia jadi bingong kerana  berlaku perbezaan tanggapan yang dipercayainya berlainan, dia mati dalam sk walaupun amalan nya baik.

Sebab sk. 
  Pertama ialah membincang dan berdebat mengenai qadak dan qadar yang dilarang Rosul pedebatan itu boleh membawa peyimpangan. Ada yang mentafsir alquran secara teraba2 untuk meyakini orang atau membuat penyesuaian mengikut keperluan semasa bukan globle dan kadang2 parawali membuat pengistilahan yang dimengerti dan difahami oleh mereka sahaja.

  Kedua. Ialah kerana iman yang lemah bila ia bergaul dengan orang yang lemah iman nya maka ia semakin hari semakin lemah iman nya pula, akhir nya ia menjadi athies dan kufur, ditambah pula hubuddunia maka tiadalah lagi waktunya untuk mencintai Allah. Kalau adapun menyebut nama Allah itu hanyalah pengakuan lahiriah semata2. Lamakelamaan hilang dan menjadi kufur. Kemudian bila Allah mencabut nyawanya dia membenci takdir kerana ta memanjangkan umurnya. Kalau mati berkeadaan begini ia mati sk.

Apa sahaja yang bertentangan dengan perintah Allah dan apa sahaja yang dilakukan untuk selain dari Allah tidak diterima Allah dan boleh membawa kepada kekufuran.khasnya  kekufuran dalam batin dengan sifat ujub, riak,takabur, sumah dsb

Was rengkasbahagianminhajulabidinimamghazali.

No comments:

Post a Comment