Thursday 14 August 2014

Kenangan Ku Semasa Pegawai Daerah HP 7

Bencana  Alam Hebat D Tempuh Jua.

Daerah Hilir Perak seringkali dilanda bencana alam. Setiap tahun dan masa daerah ini pasti berlaku bencana Alam, biasanye pada bulan Mei, Jun, Julai , ribut akan melanda dikawasan Bagan Datuk, Sg Manik,Kg Degung,  Telok Intan,Ct Jong, dan Kawasan Air Hitam. Ribut dan hujan lebat biasanye mengakibatkan 2 bencana buruk 1. Kemusnahan bagunan kediaman dan tanam2an. 2. Berlaku banjir yang juga menyebabkan kesusahan penduduk untuk berpindah ke pusat2 perpindahan. Banjir juga menghilangkan harta dan tanam2an, penduduk kampong. Olih kerana bencana ini berlaku setiap tahun ianye telah menjadi suatu kebiasaan di daerah ini, kerajaan akan menyediakan kemudahan2 dan bantuan serta merta kepada mereka yang ditimpa bencana.

Bantuan yang selalu diberi kepada mangsa adalah seperti baik pulih kediaman,bantuan kerosakan kemudahan awam,bantuan makan dan tempat tinggal sementara. Ganti rugi kerosakan tanaman, khas nye di sg manik , kawasan sawah padi biasanye sumbangan kewangan dan gantirugi kerosakan tanaman di beri kepada petani2 dalam bentuk kewangan.

Dari bayak bencana melanda daerah yang paling menyayat hati dan menjadi kenangan saya hingga kini adalah peristiwa kebakaran besar2an di tiga tempat. Kebakaran pertama adalah kebakaran kedai gerai diJalan Wah KenJoo Pekan Telok Intan. Sebanyak 32 kedai  musnah dijilat api. Api nye menjulang lebih 200 meter keatas dapat dilihat cahayanye berbatu batu dari bandar itu. Kejadian ini berlaku pada waktu malam, bandar Teluk Intan bermandi cahaya dan bagai satu pesta yang menakutkan. Para peniaga tiada disitu maka tiada kemalangan jiwa berlaku, hanye kerugian harta benda sahaja.

Kebakaran kedua telah berlaku di suatu penempatan stinggan di kampong Esso.kebakaran ini berlaku diwaktu malam juga. Api nye menjulang tinggi dan banyak rumah yang rentung dan hangus. Berpuluh2 keluarga hilang tempat tinggal dan hilang harta benda. Namun mereka masih bernasib baik kerana tiada yang cedera dan kematian.

Berita kebakaran ini telah menjadi liputan luas diahbar2 dan dengan itu bayaklah bantuan2 diterima dari berbagai pertubuhan dan badan sukarela dan syrikat persendirian. Seperti biasa kerajaan telah memberi bantuan seperti yang di tetapkan untuk membantu mangsa2 ini.

Kebakaran ketiga terbesar dalam tempoh perhidmatan saya didaerah Ini adelah kebakaran di Kg Terenganu. Kg ini di tepi Sg Perak. Kebanyakan nye  rumah papan, macam rumah stinggan rapat dan padat. Dalam satu mesyuarat saya telah mencadang agar Jabatan Bomba menkaji kampong ini. Pada saya ciri2 kampong sedemikian akan boleh menyebabkan berlakunye kebakaran ketiga. Tindakan yang patut diambil antaranya khidmat nasihat kebombaan kepada penghuni disitu. Penyediaan paip bomba dan kajian tekanan air disitu dan menentukan jalan masuk untuk perhidmatan bomba jika kebakaran berlaku..apa yang muskilnye pada saya, tidak lame ape yang saya duga tu, bahawa kebakaran dikampong ini benar2 terjadi. Ia nye terjadi di waktu siang hari,dimana berpuluh buah rumah tidak dapat diselamatkan, hangus dijilat api yang menjulang, nasib nye juga tiada kemalangan jiwa hanye kemusnahan harta benda sahaja.

Kebakaran ketiga ini menyebabkan YAB MB, datang melawat dan minta saya menempatkan mereka secepat mungkin.Satu Jawatan Kuasa ditubuhkan, dalam masa singkat tiga hari, semua mereka telah di beri penempata dan bantuan sewajarnye samada untuk jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.
Bagi saya kerajaan yang ada sangat berjiwa raayat dan berlebihan. Bantuan yang diberi olih kerajaan lebih dari sepatutnye, yang juga membimbangkan saya. Kebakaran  ini juga telah menyebabkan ujud nye satu kampung baharu di Pasir Berdamar Dalam sebagai penempatan mereka.

......nostalgia ini catatan rengkas saya sahaja...




No comments:

Post a Comment