Sunday 3 August 2014

Kenagan Ku Semasa Pegawai Daerah HP 6

Di antara kerja2 Pegawai Daerah yang  terpenting adalah merancang, menilai dan melaksana projek2 pembagunan dan pasarana didalam daerahnya serta memberi keutamaan mana2 projek yang patut di dahulu untuk dilaksanakan.

Projek yang biasanya menjadi keutamaan di daerah adalah membena baru atau  mengupgred mana2 projek awam yang rosak,atau di bangkit olih raayat sesuai untuk  dibuat seperti jalan2 kampung, masjid, surau, jeti, jambatan, balairaya, pondok perhentian bus , dan apa2 kemudahan awam, termasuk juga projek2 sosio ekonomi  pembenaan ban, longkang, parit, rumah pprt, gerai dsb. Pendeknya semua projek2 kecil atau besar untuk kemudahan raayat menjadi tanggung jawab Pegawai Daerah menyelesaikan nye jika berbangkit.

Namun nostalgia terindah bagi saya, apabila saya teringat akan dua projek bermasaalah yang dapat disiapkan untuk kemudahan orang ramai ya itu projek masjid kpg Jejawi dan jeti nelayan Telok Intan.

Saya melawat Kpg Jejawi di pendalaman yang agak terpencil. pada masa itu saya ternampak masjid itu terbengkalai dan kelihatan ganjil dan belum disiapkan. Dia didirikan dalam bentuk u di tengah2 kosong belum disiapkan.Dilapurkan bahawa projek ini terbengkalai agak lame, di mana kontrektor nye tidak berkeupayaan menyiaphan nye. masaalahnye telah projek ini telah terbengkalai lama. Saya mencadangkan supaya projek ini disiapkan dengan cara mencari kontrektor penyelamat atau re tender. Dari cadangan itu projek ini telah berjalan semula dan telah dapat disiapkan sepenoh nye maka dapatlah penduduk kampung  ini berjemaah di masjid yang baru ini dengan selesa dan  saya sempat  menyediakan majlis perasmiannye olih Dytm Raja Muda Perak ketika itu.

Manakala kes kedua adalah berkaitan dengan jeti nelayan yang mana ketika itu telah roboh.menjadi rungutan kepada nelayan darat terutamanya penangkap udang galah dan ikan sungai. Sempena Tahun Melawat Perak pekara ini telah dibangkitkan supaya projek ini di selaraskan. Saya telah pun mencadangkan satu peruntukan di sediakan untuk jeti dan tempat letak boat  untuk kemudahan awam di buat lebih teliti dan dibesarkan. Cadagan ini telah diterima dan peruntukan telah diluluskan olih Kerajaan Persekutuan hampir rm 1juta sempena lawatan YAB TPM ke Telok Intan. Projek ini disiapkan dan telah memberi kemudahan kepada lebih 500 nelayan darat dan akan menjadi tapak Temasya Sukan Menancing Udang Galah Antarabangsa Tahunan dan tempat pelacung dari dalam dan luar menangkap udang galah disitu.

Walaupun bayak projek2 lain telah dilaksananakan dan disiapkan  di daerah ini, tetapi dua projek ini sangat bemberi kesan kepada saya dan menjadi ingatan hingga kini.

...... Nostalgia ini catatan rengkas saya sj...



No comments:

Post a Comment