Wednesday 26 November 2014

HADIS KUDSI.REZEKI BANI ADAM

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah berfirman:

" Telah berfirman Allah kepada para Malaikat pembahagi rezeki kepada Bani Adam.: Mana satu hamba Ku yang kamu temui menunjukan harapan nya kepada Aku semata, maka jaminlah rezekinya kepada langit dan bumi. Dan mana satu hamba Ku yang kamu temui sedang mencari nya(rezeki itu), maka sesungguhnye dia menuntut keadilan, maka permudahlah rezeki itu bagi nye dan lorongkanlah jalan2nya, tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka  dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolih lebih dari apa  yang telah Aku tentukan untuk mereka itu."
                                 (Riwayat Abu Nu'aim)

Huraian.

Rezeki itu telah ditentukan Allah tetapi tabiat manusia tidak cukup2 sentiasa meminta lebih sehinggalah keliang kubur.

Allah memerintahkan para Malaikat Pemberi Rezeki, memberi perhatian dan jaminan rezeki kepada mereka yang berada dijalan yang benar, yang tidak mengikut hawa nafsu. Mereka sentiasa membuat yang disuruh dan berhenti apa yang dilarang.  Rezeki mereka dijamin akan tiba secara paksa kerana telah ditetapkan Allah.

Banyak dikit rezeki itu bergantunglah kepada  qadha dan qadar Allah s.a.w.
Dan bersyukur lah. Jika kita hendak mendapat rezeki yang lebih kita harus berusaha gigih sekuat tenaga. Tanpa usaha, rezeki ta datang menggolek. Tak kan ade hujan emas. Bagaimana pun janganlah pula sehingga lalai untuk menjalani tuntutan Allah ygan lain..

Dengan sebab itu Allah berfirman pada malaikat jika hamba itu telah melebihi apa yang perlu dalam kontek mencari rezeki, tinggalkan mereka biarkan mereka , biarkan dengan kebodohan nye . Rezeki itu telah ditetetapkan Allah, walaupun dibuat tetapi jika bukan rezeki, tidak akan diperolehi nye jua.

i. Elak dari sifat tamak hingga membelakangi perintah Allah yang lain.
ii. Tidak terpikat habuan dunia hingga menjadi gulungan yang tidak bersyukur.
iii. Kaya dunia miskin ahirat itu bodoh.
iv. Imbangi kerja dunia dan ahirat agar jiwa jadi tenteram dan mudah2an kita di bimbing Allah dalam semua langkah nye, dan mendapat keuntungam didunia dan ahirat.

Was.

No comments:

Post a Comment