Sunday 28 December 2014

SURAH AL QAHFI

Surah ini, rengkas nya menceritakan bahawa;
1. Al Quran ini adalah benar dan berita gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

2. Al Quran juga memberi amaran kepada pendusta yang mengatakan "Allah menpunyai anak" dan meminta Nabi tidak berdukacita atas perbuatan mereka yang enggan beriman itu.

3. Allah mencipta semua dimuka bumi ini sebagai perhiasan adalah  untuk menguji siapa yang lebih baik amalan nye.

4. Allah menceritakan kesah "Ashaab'ul Khafi dan Ar Raqiim" salah satu kesah yang menakjubkan. Dimana sekumpulan pemuda yang beriman kepada Allah, lari dari pemerentah yang zalim dan memohon kepada Tuhan agar mereka diberi rahmat dan dipimpin untuk keselamatan Agamanya. Lalu mereka ditidurkan didalam gua bertahun2 lamanye.

Kesah ini didedah kan untuk mengetahui bahawa Allah menghidupkan orang yang mati adalah benar dan hari kiamat itu tiada sebarang syak berlakunye.

Mereka diuji untuk mengira berapa lama mereka disitu. Dikalangan mereka ada yang berpendapat, mereka tidur sehari sahaja disitu. Ada pula yang berkata hanya Allah sahaja yang mengetahui. Untuk kepastian mereka mengutus seorang dari mereka membawa wang perak ke bandar, dia diminta berhati2 supaya tidak di syaki dan mengelak dari di rejam dan dipaksa ke ugama mereka.

4. Diceritakan juga pertikaian akan bilangan 'Asshabul Khafi' itu, ada yang mengatakan 3 orang yang keempatnye anjing. Ada yang mengatakan 5 orang yang ke 6 nye anjing, ada yang mengatakan 7 orang, yang kelapan nye anjing.

5.Allah menasihati  'Jangan berkata sesuatu yang masih belum berlaku kecuali menyebut 'Insyaallah'.

6.Allah memberitahu, mereka tertidur disitu selama 300 tahun.

FirmanNya."Allah jua mengetahui tentang masa mereka tidur. Baginye lah tertentu ilmu pengetahuan segala rasia dilangit dan bumi. Terang sungguh penglihatan dan jelas sungguh pendengaran Nye.Tuhan yang mengurus langit dan bumi dan tiada sesuatu yang masuk campur dalam hukum nye"

7. Berdamping lah dengan orang yang beribadat dengan Tuhan dan jangan palingkan muka kepada mereka. Jangan mematuhi orang2 yang lalai ajaran Quran dan yang menurut hawa nafsu dan melampaui batas.

8. Yang benar itu datang nya dari Allah. Sesiapa hendak beriman, berimanlah. Siapa yang kufur ingkar biarkan saja kerana Allah ade sediakan api neraka. Orang yang beriman dan beramal soleh disediakan syurga.

9.Allah menceritakan 2 lelaki berbincang, seorang darinye mempunyai kebun anggur dan kurma,  bermegah2 dengan mempunyai kebun yang banyak dan hasil yang banyak, 'dia kufur, tidak percaya kebun nye akan binasa selama2nye dan tidak percaya hari kiamat dan dia percaya dia akan ditempat kembali yang baik'. Dengan kekufuran nye itu,  kebun nye ranap dan ia menyesal.

Diajar perkataan "mashaallah" (semuanye barang dikehendaki Allah) dan perkataan "laquataillahbillah" (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

"Harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup didunia. Amal soleh lebih baik pada sisi Tuhan dan memberi harapan."

" Hari kiamat itu, meranapkan kesemua. dan semua dihimpunkan di padang mahsyar untuk dibawa kepada Tuhan, berbaris teratur. Buku catitan amal di bentangkan tanpa di tinggalkan setiap perbuatannye. Orang2 yang zalim akan ke neraka tidak dapat mengelak diri.

10. Allah telah banyak memberi penjelasan dan perbandingan tetapi mahlok,banyak sangat bantahan nye. Rosul diutus untuk membawa berita gembira dan memberi amaran tetapi mereka membantah dan membuat ejekan2 pula.

11. Diceritan juga kesah Nabi Musa berguru dengan Nabi Allah Khidir. Dengan membawa ajaran bersabar.
Mekalui 3 kesah. Nabi Musa di minta tidak bertanya atas apa yang di buat olih Nye untuk menguji kesabaran itu. Tetapi Nabi Musa ta sabar tetap mempersoalkan nye menyebabkan mereka berpisah. Kesah2 yang dicerita itu.
A. Membocorkan perahu.
B. Membunuh pemuda.
C1. Membena tembuk yang hendak runtuh.

Kemudian Nabi khidir menjelaskan bahawa.

A. Perahu itu dibocor kerana ia nya kepunyaan nelayan miskin, ada raja akan merampas perahu disitu, mana2 yang cacat akan ditinggalkan.
B. Pemuda itu di bunuh kerana ibu bapa mereka orang beriman, dikuatiri dia berlaku zalim kepada ibubapanya dan diharap akan diganti dengan anak yang lebih soleh.
C. Tembuk itu di bena kerana dipunyai anak yatim, dibawahnya ada harta karun terpendam . Tuhan minta agar anak itu bila cukup umur memiliki harta terpendam itu.

12. Allah menceritakan kesah Zulkarnain yang diberi kuasa memerintah bumi. Ditimur dan barat. Sehingga kedaerah matahari terbenam yang didiami olih kaum yang kufur. Kaum ini diazab kerana kekufuran nye.

Kemudian dia ke arah matahari terbit penduduk  disini liar, tanpa tempat kediaman.

Beliau kemudian kejalan yang lain dan sampai ke kawasan dua gunung didiami kaum yang tidak dapat difahami, bahasanye yang pelik. Mereka berkata kaum Yatjud Makjut  melakukan kerosakan dibumi. Penduduk disini meminta bantuan Zulkarnain dan beliau memerentahkan dibuat tembuk dari besi dan tembaga supaya puak ini ta dapat memanjat tembuk itu untuk menganggu mereka lagi.

Tembuk itu akan bertahan sehingga satu tempoh,kemudian ia akan berkecai, maka keluarlah mereka merosakan bumi. Allah selamatkan, dan setelah itu berlakulah kiamat.

13. Orang2 kafir diperlihatkan neraka jahannam. Orang2 yang rugi adalah mereka mensia2kan amalannya didunia dan kufur dengan ayat2 Allah.

Percayalah kepada Tuhan yang satu. Kerjakan amal soleh dan jangan sekutukan dengan sesiapa dalam ibadat nya kepada Tuhan.

No comments:

Post a Comment