Tuesday 22 May 2018

A-li Amraan 4. Kelahiran Mariam dan Nabi Isa.

Bismilllahhirrohmanirohim.

Catitan  untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

30. Pada hari kiamat amalan kebaikan dan kejahatan akan dibentangkan. Mereka ingin jauh dari amalan kejahatan yang dilakukan.

31. Jika benar kamu mengasihi Allah, ikutlah Nabi Muhammad niscaya Allah mengasihi  serta mengampuni dosa2 kamu. Allah Maha Pengampun lagi pengasihi.

32. Taat lah kepada Allah dan Rosul. Jika berpaling Allah ta suka orang yang kafir.

33. Allah telah memilih keluarga  Nabi Adam, Noh, keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat.

34. Mereka satu keturunan, setengah berasal dari setengah yang lain.

35. Isteri Imran bernazar agar kandungan nye supaya akan berhidmat kepada Allah semata2.

36. Allah kurniakan anak perempuan dinamakan Mariam.

37. Mariam di didik dengan baik dan diserahkan pemerliharaan nye kepada Nabi Zakaria. Tiap kali Nabi masuk mihrab Mariam, didapati berbagai buahan luar biasa,  pemberian dari Allah.

38. Nabi Zakaria berdoa agar dikurniakan zuriat keturuan yang baik.

39. Malaikat berseru bahawa Allah akan mengurniakan  anak bernama Yahya yang akan menjadi Nabi, yang menahan diri dari berkahwin dan dia seorang soleh.

40. Walau pun Nabi Zakaria sudah tua dan isterinye mandul tetapi Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki Nya.

41. Tanda isteri megandung diberitau bahawa dia tidak boleh berkata2 tiga hari dan malam. Olih itu Berzikir, bertasbih lah pada waktu malam dan pagi.

42. Malaikat berkata wahai Mariah Allah telah mensuci mu dan memilih mu  melebihi perempuan2 seluruh dunia.

43. Mariam diminta taat kepada Tuhan dengan sujud dan ruku'.

44. Peritiwa itu adalah berita ghaib yang diwahikan kapada Muhammad, sedang dia tidak ada bersama2  tentang berbalah dan mengundi untuk masing2 memelihara Mariam.

45. Malaikat mengkhabarkan pada Marian bahawa dia akan dikurniakan anak dengan kalimat Allah, yang nama nya Isa ibni Mariam yang dimuliakan Allah.

46. Dia bolih berkata2 pada orang ramai ketika kecil dalam buaian.

47. Mariam berkata bagaimana dia mendapat anak sedang dea ta pernah disentuh lelaki. Tetapi Allah berkuasa, bila berfirman 'kun payakun' terjadi lah.

48. Allah mengajar dia ilmu menulis hukum2 aturan ugama dan juga kandungan kitab Taurat dan Injil.

S.

Nota pendik.

1. Di hari kiamat suratan takdir dibentangkan.
2. Mengasihi Allah dan Muhammad, dosa diampun.
3. Berdoa untuk mendapat anak.
4. Kelahiran Marim.
5. Kelahiran Nabi Isa.

Was.

No comments:

Post a Comment