Monday 21 May 2018

A-Amraan 3. Taqwa .Allah Penentu Pemimpin. Larangan Berkawan Kafir.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catitan untuk memahami wahyu sahaja.

* Yang lebih baik dari semua diinginan nafsu, iaitu wanita2, anak pinak dan harta benda adalah  TAQWA.  Mereka  di sediakan syurga2 yang mengalir sungai dibawahnye dan pasangan isteri yang suci.
Ia itu .

16. Orang yang berdoa " sesungguhnye kami telah beriman,  ampunkanlah dosa2 kami dan pelihara lah kami dari azab neraka."

17. Juga orang2 yang SABAR, orang yang BENAR PERKATAAN DAN HATI NYE . Orang yang sentiasa TAAT akan PERINTAH ALLAH . Dan orang2 yang BELANJA hartanye pada JALAN ALLAH. Dan orang yang BERISTIQFAR memohun ampun pada waktu sahur.

18. Dengan dalil2 yang diberi dan penegasan para Malaikat dan IImuan, bahawasa nye tidak ade Tuhan yang lain patut  disembah, melainkan Allah yang mentadbir Alam dengan keadilan.

19. Agama yang benar dan yang diredhoi disisi Allah ialah Islam . Orang Yahudi dan Nasrani diberi kitab dan tidak berseliseh  mengenai agama Islam kecuali kerana hasad  dengki. Allah akan menghitung nye nanti.

20. Jika mereka membantah maka berserah lah kepada Allah. Jika mereka memeluk Islam mereka memperolihi petunjuk, tetapi jika mereka berpaling  kewajipan Nabi hanye menyampaikan sahaja. Allah maha melihat tingkah laku manusia.

21. Mereka yang kufur dan ingkar ayat2 Allah dan membunuh para nabi dan penyeru agama mereka akan di siksa  tidak terperi sakitnye.

22. Rosaklah amalan mereka  didunia dan ahirat. Dan tidak ditolong.

23. Sikap orang yahudi memang pelik mereka diberi kitab taurat supaya dijadikan hakim alih2 mereka berpaling ingkar.

24. Mereka mendakwa tidak disentuh api neraka melainkan beberapa hari sahaja. Mereka telah diperdaya olih agama mereka yang diada-adakan.

25. Pada hari kiamat tiap seorang akan menerima balasan yang diusahakan nye dan mereka tidak di inaya.

26. Katakan wahai Muhammad "  wahai Tuhan yang mempunyai kuasa penerentah. Engkaulah yang memberi kuasa pemerentah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki  dan Engkau yang mencabut kuasa pemerentah dari sesiapa yang Engkau kehendaki . Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Enkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahajalah segala kebaikan,  sesungguhnye Engkau maha berkuasa setiap sesuatu.

27. Engkaulah yang memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam dan engkaulah yang menghidupkan yang mati dan yang mematikan yang hidup. Dan  Engkaulah pemberi rezeki tanpa hisab.

28. Orang2 beriman dilarang mengambil orang kafir menjadi teman rapat, dengan meninggalkan orang2 beriman. Sesiapa melakukan nye maka tiadalah mendapat perlindungan Allah, dalam sesuatu apa pun. Kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pehak mereka. Allah perintahkan kamu beringat2 terhadap kekuasaan diri Nye. Dan kepada Allah juga dikembalikan.

29. Katakan wahai Muhammad Allah mengetahui ape yang didalam dada atau dilahirkan, Dea maha megetahui yang berada dilangit dan yang dibumi.

S

Nota pendik.

1. Taqwa lebih bernilai dari segala harta.
2. Beriman dijamin masuk surga.
3. Syarat taqwa.
- beriman
-berdoa.
-sabar, benar, taat, belanja dijalan Allah.
-beristiqfar.
4. Allah menentukan pemimpin.
5. Dilarang berkawan rapat dengan orang kafir.

Was.

No comments:

Post a Comment