Sunday 27 May 2018

A-li Imraan 6. Kekufuran Ahli Kitab.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanya untuk ku memahami wahyu sahaja.

60. Perkara yang benar datang dari Tuhan mu. Jangan lah ragu2.

61. Sesiapa yang membantah mengenainye, ajak lah semua mereka  memohon kepada Allah dengan sungguh2 dan minta laknat Allah di timpa kepada mereka yang berdusta.

62. Kesah ini adalah benar. Tiada Tuhan yang lain patut disembah melainkan Allah.

63. Kalau mereka tidak menurut,
Allah Maha Tahu orang2 yang membuat kerosakan.

64. Serulah semua ahli kitab  menyembah tiada yang lain melainkan Allah.  Jangan mengambil yang lain dipuja dan untuk didewa2kan.

65. Ahli kitab dilarang bertengkar tentang Nabi Ibrahim kerana Taurat dan Injil diturunkan kemudian dari Nabi Ibrahim.

66. Jangan lah membuat bantahan, jika tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun.

67. Nabi Ibrahim itu bukan pemeluk agama Yahudi atau Kristian tetapi dea muslim atas dasar tauhid.

68. Orang2 yg hampir dengan nabi Ibrahim  ia lah pengikut2 nye dan Nabi Muhammad serta orang yang beriman.

69. Sebilangan ahli kitab suka dan beragan2 menyesatkan orang lain, mereka akan menerima akibat buruk.

70. Wahai ahli kitab jangan lah kufur.

71. Jagan pula dicampur aduk yang benar dan yang salah.

72.  Mereka menyeru beriman sebelah pagi tetapi  kufur disebelah petang nye menjadi kafir semula..

73. Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah. Limpah kurnia itu pada Allah akan diberikan Nye kepada sesiapa yang dkehendaki Nye. Maha luas limpah kurnia Nya.

74. Allah menentukan pemberian rahmat Nye kepada sesiapa yang dikehendaki Nye. Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

S.

Nota rengkas.

1. Yang datang dari Allah jangan ragu2.
2. Jangan membuat bantahan tanpa ilmu.
3. Nabi Ibrahim bukan Yahudi bukan Kristian dea Islam  Tauhid.
4. Jangan kufur
5. Allah pemberi rahmat kepada sesiapa dikehendaki nye.

No comments:

Post a Comment