Sunday 30 December 2018

Amanat Wali Syekh Abdul Kadir Jailani 6.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catitan rengkas ini untuk memahami kuliah syekh sahaja.

1. Jauhi diri mu dari orang ramai. Jauhi nafsu mu. Jauhi dari kehendak mu ikuti lah perintah dan lakuan Allah.

2. Tanda nye kamu telah memutuskan dengan orang ramai ialah membebaskan fikiran2 dari segala yang bersangkutan dengan mereka.

3. Tandanye kamu telah memutuskan nafsu2 itu ialah Kamu telah membuang segala usaha dan daya untuk dunia, untuk mendapat faedah kepentingan diri. Tidak bergantung pada diri sendiri yang bersangkutan diri sendiri. Jangan berlindung dan menolong diri sendiri. Serahkan segala2 nye kepada Allah kerana Dea lah yang menjaga kamu dari azali hingga hingga abadi selama2 nye. Dia menjaga kamu sebelum lahir dan masa bayi.

4. Tandanye kamu telah menghilang kehendak mu ialah  kamu tidak lagi melayan ape2 hajat matlamat dan tujuan tidak ade keperluan lain selain Allah semata2. Lakuan Allah pun terzahir walaupun pasif pada badan tetapi tenang pada hati, luas pikiran, muka berseri2 dan jiwa subur.

Maka kamu terlepas dari keperluan kebendaan kerana kamu telah berhubung dengan Al Khaliq yang mengerakkan, mengajar kamu, diberi Nye kamu dengan pakaian rohani dan menempatkan kamu dikalangan orang alim.

5.selepas pengalaman ini maka hapus lah nafsu  dan kehendak kamu seperti tempayan pecah tanpa air setitik pun. Kosonglah lakuan  lakuan diri kamu melaikan kehendak2 Allah. Pada masa ini kamu diberi keramat2 dan pekara luar biasa, zahir nye pada kamu tetapi hakikat nye dari lakuan dan kehendak Allah jua.

6. Maka termasuk lah orang2 yang pecah hati telah hilang nafsu kebinatangan nye kemudian diberi Nye sifat ketuhanan Yang Maha Tinggi. Dalam hal ini Nabi muhammad  bersabda. "Aku gemar tiga perkara didunia ini, bau2an harum,  perempuan dan solat, aku sejuk didalam nye."
Semua ini diberi setelah semua nafsu2 tersebut dulu itu, terlepas dari nye.
Allah berfirman "Aku bersama dengan mereka yang pecah hati kerana Aku"

7. Allah tidak bersama kamu sekiranye semua nafsu dan kehendak tidak dihancurkan, dan tidak ade lagi ditinggalkan dan kosong, maka kamu sesuailah di isi dengan  cahaya Allah  yang menjadikan kamu orang baru, dan kehendak2 baru dalam diri kamu.  Dalam pada itu jika masih ade igo dalam diri kamu, Allah akan hancurkan lagi dan lagi sehingga ahir hayat menemui Tuhan kamu, itulah yang dimaksudkan firman Allah   "Aku bersama mereka yang hancur hatinye kerana Aku "

Allah berfirman dalam hadis qudsi  " hamba Ku yang taat meminta kehampiran dengan Aku melalui solat2 sunat sehingga aku jadikan dia rakan Ku  dan apabila dia menjadi rakan Ku, Aku akan jadi telinga nye, dengan nye dia mendengar. Mata nye dengan nye dea melihat, tangan nye dengan nye dea memegang dan kaki nye dengan nye dea berjalan, yaitu dea mendengar melalui Aku, memegang melalui Aku, dan mengetahui melalui Aku"
Sebenar nye ini adalah Fana. Apabila telah fana terhadap diri dan mahlok ,  baik atau jahat tidaklah ada pada pandangan kamu. Semua nye terletak pada Allah semata2, dari kedatangan buruk atau baik Dia yang menentukan, segala2 semenjak dari awal2 lagi.

8. Allah akan memberi kamu keselamatan dari kejahatan mahluk dan memberi kamu kebaikan. Olih itu fana adalah matlamat perjalanan wali2 Allah. Semua mereka mahu menukar kehendak mereka kedalam kemahuan Allah sebab itu nereka disebut abdal yang bermaksud 'pertukaran'.  Pada mereka berdosa menyengutukan kehendak mereka  dengan kehendak Allah.

9. Sekiranye mereka lupa maka Allah akan menolong dan menyedarkan mereka dan mereka memohon perlindungan Allah.

*Tidak ade manusia bebas dari  ego sendiri kecuali malaikat.
*Nabi2 dipelihara dari nafsu badaniah.
*Jin dan manusia diberi tanggung jawab untuk berahlak baik tetapi tidak terpelihara dari pengaruh dosa dan moksiat.
*Wali2 dipelihara dari nafsu2 badaniah dan abdal dari kotoran kehendak dan niat meski pun gitu mungkin mereka ada kelemahan melakukan dosa tetapi Allah dengan kasih sayang Nye akan menolong dan menyedarkan mereka.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment