Monday 18 March 2013

Tip memilih seorang pemimpin

    Pemimpin itu adalah ketua. Dalam keluarga Bapa, dalam Kampong Ketua Kampong, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen,  Wakil Raayat atau Ahli Parlimen dan Negeri adalah Menteri Besar dan  bagi  Negara adalah Perdana Menteri.
     Sebagai pemimpin mereka adalah tempat harapan raayat untuk bernaung. Mengharapkan kebijaksaan mereka dari minda yang terbaik untuk mendapatkan  perlindungan mereka dari kekuatan mereka dengan harapan raayat mendapat kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran. Mereka inilah yang mendahului kita, merekalah akan kehadapan,menyelesai masaalah atau kemelut melanda. Kemelut yang di hadapi raayat, Kalau keretapi merekalah kepalanya menyusur landasan ke dustinasi. Kalau keluar landasan terbalik lah semua.
      Dalam AlQuran ada di sebut, pemimpin itu di pilih bukan kerana kekayaan nya tetapi pemimpin itu  di pilih kerana dua pekara ILMU YANG BANYAK DAN TUBUH YANG PERKASA.  Erti nya pemimpin itu dipilih bukan di sebabkan memiliki wang dan harta yang banyak yang boleh membeli pengundi untuk dirinya atau orang memilihnya kerana gah kekayaan atau status  kekayaannya. Yang sangat penting adalah kerana pemimpin itu diyakini dan dipercayai boleh di tumpang kebijaksanaan ilmunya yang akan memberi keuntungan dan munafaat jangka pendek dan panjang  bangsanya dan negaranya.
       Apalah gunanya kita memimilih orang bodoh Dan lemah yang akan menyusahkan kita, memiskinkan kita, merendahkan maruah bangsa, dan yang akan menghilangkan negara bangsa. Apalah gunanya kita memileh orang yang lemah, penakut, pengecut demi bangsanya. Hidupnya mengambil pemikiran selesa semuanya pakai Budi bicara. Pemimpin adalah orang yang menjadi lapik lempang, galang ganti, sanggup mengadai nyawa atas kebenaran bangsa. Tidak berganjak dengan pendirian walaupun dijanji bulan dan bintang. Kalau ditangkap dia dipenjara dulu. Kalau bercakap filsafat nya menikam kalbu. Pemimpin berhemah lagi mesra. Bukan dibuat masa nak mengundi tapi semulajadi. Bukan pemimpin pentingkan diri sendiri, projek sendiri, minta upah walaupun dah ada elaun mp. Ada integriti. Bukan hidupnya mau bermewah tapi suka raayatnya  dan bangsanya mewah.
       Pemimpin yang nak kita pilih adalah ORANGNYA , bukan pati nya. Yang nak dipilih, cakapnya, mindanya,  pembuatan nya tangung berjawabnya. Dengan itu ada yang kata pilihlah, pemimpin walaupun jahat akal nya, tajam pandangan nya, jauh renongan nya untuk masa depan bangsa  nya.Pemimpin berwibawa. 
      Pemimpin yang baik tetapi lemah, kebaikannya yang ada hanya untuk dirinya sendiri, tidak bermaana untuk bangsa nya. Itu untuk diri nya sendiri. Yang dimaui untuk kebaikan bangsanya, negaranya walaupun ia membakar diri.

No comments:

Post a Comment