Friday 14 June 2013

Rahsia untuk terus sehat dan lebih panjang umur

1.  Ajal, maut , sakit, sehat, rezeki, jodoh, pertemuan adalah ketentuan yang Maha Berkuasa. Kita ke syurga atau ke neraka jua telah di tentukan Allah tetapi Kita ta ketahui kerana semua itu dalam ilmu Allah yg Maha Berkuasa atas ketentuan Nya. Kita umat islam diajar supaya menyembah Allah,  taat perintah Tuhah ada pahala dan ganjaran kesyurga, yang kufur ingkar keneraka. Kecuali mendapat keampunan Nya.

2. Yang nak di ingat ni adalah ikhtiar manusia sahaja, untuk meneliti tahap kesihatan kita dan sedaya boleh mencari jalan mengobatinya, jika diketahui punca2 nya atau kemerosotan nya maka mudah bagi kita mengungkainya.
Sangat penting di ingat bila usia mencapai 40 tahun tolong pergi semak darah kita secara menyeluruh untuk mengetahui gejala dan taraf kesihatan sebenar kita. Walaupun banyak pekara yang nak kita ketahui tetapi  yang ini penting diutamakan dulu.
1. Tekanan darah kita tinggi atau rendah.
2. Sukatan kolestrol dalam darah ya itu     kandungan hdl dan ldl yang mana lebih banyak.
3. Kadar gula dalam darah.
4. Kandungan urid asid dalam darah
5. Kesehatan buah pinggang iaitu kandungan2     dalam buah pinggang tersebut.
Ketidak setabilan kandungan atau komposisi seperti dinyatakan tadi akan boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum parah elok kita ketahui dulu punca2nya supaya kita dapat menyusul pengubatan nya. Ikut nasihat Dr.
     Kebanyakan sebab pekara ini terjadi adalah kerana faktor mengambil pemakanan yang berlebihan dan kurangnya pengetahuan tentang kandungan dan khasiat pemakanan. Kurang riadah dan tingginya tekanan emosi. Penyakit lain mungkin boleh di kesan dari angkara  lain seperti kehadiran micro biologi, virus, kuman dsb. Penyakit yang ta boleh di kesan spt sihir, sytan, jin atau. saka, cuba kaedah  tradisi atau perubatan lslam.
      Jika kita sudah terkesan ada nya gejala tidak sehat maka harus kita mengambil tindakan penyelamatan dari berbagai espek pengubatan untuk melangsungkan kesejahteraan dan kesihatan kita. Kita boleh munafaatkan kepakaran mereka dibawah ini untuk rawatan dari penderitaan berpanjangan.

       1. Dapatkan nasihat Dr Aleopaty untuk       ubatannya.
       2. Dapatkan nasihat dan ubatan homopaty
       3. Boleh juga mencuba rawatan islam
       4. Boleh mencuba rawatan tradisi yang ta bercanggah dengan islam
        5. Mengamalkan riadah dan senam yang teratur
        6. Mengamalkan ajaran kebatinan fardu ain dan tariqat
        7. Boleh juga mencuba kaedah pengubatan cina, makan rempahan atau akupancur.
         8. Perubatan elektronik dan letrik freqensi.
         9. Belajar mengenai sains pemakanan yang sesuai untuk kita.

      Itu lah usaha kita mencari tujuh jalan penyembuhan jika kita di timpa penyakit selainnya kita berdoa dan menyerah diri kepada Allah yang mahaberkuasa jua untuk kesejahteraan dan pemyembuhan kita.
       Ibu says telah meninggal dunia setahun yang lalu di umur 100 tahun. Ibu bersahabat baik dengan Tok Isa dari Kg Ulu Kenas. Semasa hayat nya  ibu bertanya Tok Isa apa amalan nya untuk panjang umur sehingga umurnya120th.tetapi Tok masih sehat dan beristeri muda. Kata Tok Isa,  " Ta ada apa2 amalan luar biasa. Kita buat apa yang di suruh agama seperti sembahyang, puasa, dan lain2 fardhu ain tu cukuplah. Lepas tu kita kena bayak bersedekah kepada mahlok dan roh2 orang yang telah meninggal. Bukan saja bersedekah harta benda tapi kita boleh juga bersedekah pahala bacaan ayat2  suci alquran kepada roh mereka yang telah meninggal. Sedakahkan pahala ayat2 suci yang di baca itu kepada  roh 2 para  rasul, nabi2, wali2, syuhada, roh kaum muslimin muslimat mati baru dan lama dan roh jin2 islam."
    Kata Tok Isa lagi " Orang yang telah meninggal mengharapkan 3 bekalan beterusan setelah mati iaitu anak yang soleh, sadakah jariah masa hidupnya yang dimunafaat kan olih orang ramai dan nasihat dan ilmu yang diajar di guna  orang ramai. Selain nya telah terputuslah manusia dari membuat pahala dan kebajikan setelah mati. Seandainya kita bersedakah kepada roh si mati tentu lah mereka sangat gembira mendapat pahala yang tidak putus2 lagi selepas mati, olih itu mereka akan mendoakan kita supaya panjang umur dan dimurahkan rezeki supaya kita sentiasa bersadakah lagi kepada roh mereka berterusan.
     Doa para wali dan arifin dikabulkan Allah kerana mereka ahli ibadah dan hampiri Tuhan.
     Muga muga kita mencuba, ilmu berhasil ketara amal, doa, adalah jalan  karunia yang mahakuasa untuk  hidup panjamg usia sehat sejahtera.Amin.

No comments:

Post a Comment