Thursday 20 June 2013

Iklas itu apa?.

    Iklas itu barang apa yang dibuat di amal dan di rencana hanya kerana Allah semata mata. Untuk kita melihat kerja kerja iklas ini, lihat saja sabda Nabi saw dibawah ini.
" Orang yang awal di bicara pada hari kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya" Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?"Dia menjawab: " Aku telah berperang kerana Mu sehingga syahid" Allah berkata: "Engkau bohong,sebaliknya enkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telahpun dikatakan pada mu". Lalu di perentahkan agar dia di hukum, diheret wajahnya sehingga di humbankan kedalam neraka.
   Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca alQuran. Dia diperkenalkan diri. Allah bertanya,"Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? " Aku telah mempelajari ilmu,mengajarnya dan membaca alQuran kerana Mu". Allah berkata "Engkau bohong,sebalik nya engkau  belajar ilmu supaya engkau di katakan alim dan engkau baca alQuran supaya engkau di panggil qari. Itu pun telah dikatakan kepada mu" . Lalu diperintahkan agar dia di hukum,di heret wajahnya sehingga di humbankan kedalam neraka.
    Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia di bawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: " Apakah yang telah engkau lakukan didunia? Dia menjawab "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang engkau suka untuk di dermakan melainkan aku telahpun menderma pada nya kerana mu".Allah berkata:" Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah' dan itu telahpun dikatakan pada mu". Lalu diperintahkan agar dia di hukum, di heret wajahnya sehingga dihumbankan kedalam neraka.「riwayat muslim」

     Nabi saw pernah di tanya :" sesaorang yang berperang untuk mendapat harta rampasan,sesaorang yang berperang agar dipuji,dan sesaorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah diantara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah saw menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah(tertegak),maka dia berada di jalan Allah「riwayat al Buhari dan Muslim」
    
  Maka iklas itu dihati semata-mata kerana Allah dan mengikut jalan Allah.wsm.

No comments:

Post a Comment