Sunday 30 June 2013

Saya bertemu dan sampaikan Amanat kepada Yb Menteri Wilayah Persekutuan

     Pada 31hb. June 2013 saya ke Putrajaya untuk majlis kenduri kahwin anak adik saya. Sedang saya berbual2 saya ternampak Yb Tengku Adnan Menteri baru Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia sedang membawa sepinggan nasi. Yb kelihatan bersahaja dan kelihatan biasa dan simple sahaja. Di senangi anak muda dan mahasiwa juga mereka bergambar walaupun Yb sedang makan. Olih kerana beliau sendirian maka saya iringi beliau makan di meja.
     sementara makan Yb sempat betanya saya dan keluarga saya. Saya sempat mengucapkan tahniah kepada nya atas kejayaannya  memenangi  Kerusi Putrajaya dalam pru 13 yang lalu. Di kesempatan ini saya sempat juga menyampaikan massage seperti yang saya tulis dalam blogs sebelum ini.
      i. Saya maklumkan bahawa orang melayu telah ketinggalan dalam sektor ekonomi dihabarkan jatuh ke no 5. Dan saya mencadangkan supaya kerajaan mengujudkan satu Kementerian Keusahawan dan Perniagaan khas untuk bumiputra.
      ii. Saya maklumkan graduit universiti telah ramai tetapi peluang pekerjaan mereka terhad. Dan dibimbangi bahawa jika kadar ini melebihi12 peratus pengangguran siswazah akan menyebabkan kacau bilau negara, kerana mereka boleh di ekplotasi.
     Dua espek yang saya catuskan ini berkaitan ekonomi bumi putra, ini menjadi harapan saya dan dalam keadaan tenang dengan nada yang positif Yb menjawab" sedang di usahakan".

     Kalau benar pekara ini terjadi, ia suatu revolusi baru umat melayu dan memberi munafaat besar dalam jangka waktu pendek dan panjang. Untuk menyatakan pekara ini bukan mudah ia memerlukan prinsipal dan tempat mengadu  yang tepat. Barangkali UMNO adalah satu satu nya tempat yang tepat dan masih relavan untuk mengadu hal ini kerana ia melibatkan dasar dan wibawa. Ini persoalan bangsa, pekaitan tanahair, persaolan masa depan dan persaingan yang tertinggal. Ini persaolan negara yang Dititah Raja, amanat yang perlu di laksanakan.

Terima kasih Yb atas kerelaan ia didengari.



No comments:

Post a Comment