Thursday 9 January 2014

2014 KITA TANAM BENIH TERBAIK.

2013 telah berahir.2014 telah hadir, hadir bersama suka duka tahun yang lalu, kita sambut 2014 dengan dua wajah dengan muka yang masam dan manis. Manis pada semua yang mendapat rahmat nikmat dan sebaliknya mereka yang ditimpa musibah bencana tiada bahagia.

Tahun ke tahun pelbagai faedah diperolihi dibumi bertuah ini, ada yang berjaya menambah   pendapatan, kenaikan gaji, keuntungan saham, keuntugan perniagaan, yang berupa keuntungan material mahupun keuntungan non material, seperti kesihatan, kejayaan anak dalam pelajaran , keselamatan dan keamanan. Bumi ini menjanjikan kehidupan yang baik. Segala puji kepada Tuhan Pentadbir Alam yang menurunkan rahmat Nya dibumi ini.Sehingga sarjana bersuara, pendita berkata  kemakmuran Malaysia. "Masyarakat bukan bumi, mereka lah yang paling bertuah di Malaysia diatas semua kejayaan ekonomi dan non meterial tiada tolak bandingannya antara mereka atas semua dasar yang dirancang kerajaan"

Malaysia menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka yang berusaha gigih, yang keras kepala, yang melanggar aturan hatta kanun, yang bersikap haloba, yang percaya zaman wang menjadi Maharaja. Yang lurus, yang sopan, yang iklas yang leka dan hayal bertempat didatar bukan dibukit tertinggi walaupun di bumi sendiri.

Harapan yang ada untuk kaum sebangsa kita menyemai semagat usaha berganda, mengharap perancagan terbaik untuk kita, agenda kita. Tahun ini sentiasa diharap, bukan  seperti  "'di uraeh dedak,memanggil ikan, jala ditebar, Ikan yang sankut dibuat gulai, ikan yang lebih dibuat pekasam'". Kalau begitu rancangan nya 2014 sama seperti tahun yang lalu, tidak berganjak  tidak berubah. Kecermelangan bangsa tiada merelap. Elok nya merancang bagai dikata " menanam padi benih nya cantik tiga bulan akan berbuah,buahnya padi untuk dimakan, ditanam jagung dua bulan hasilnya jagung. Ditanam durian dari baka rajakunnyit tujuh tahun buahnya emas. Ta mungkin menanam nangka berbuah cempedak. Menanam labu berbuahkan kundur. Menanam pisang buahnya manggis." Tak mungkin.

Tahun ini tahun diharap menam benih dari spisis terbaik, agar 50 tahun mendatang akan bangsa di bumi bertuah ini menjadi seimbang. Seimbang di desa seimbang di bandar, seimbang ekonomi, seimbang perniagaan, seimbang pendapatan, seimbang  harta, seimbang antara kita dan dia.  Bukahkah kita pemegang punca?. Pemegang kunca!. Lebih ta apa berganda ta kira. Itu kelebihan pemegang kunca untuk kita.

Tahun ini kena kira, Tahun mengira,tahun menghitung menghisab diri. Dimana kita?. ,Berapa orang yang ceria?. Berapa pula yang menderita berair mata?. Berapa yang berjaya,? Berapa pula tenggelam punca!. Berapa pula yg ada tapi ta boleh maju jaya?. Berapa terkandas terus menderita? Kita kena kira dan kita kena tau kira2. Berapa orang menjadi taukeh, bayak mana menjadi kuli?. Berapa orang kepajak gadai, berapa orang menjadi papa? . dan berapa pula muncul kaya dan yang menjadi bilioner?. Banyak benda kena kira kalau ta kira, kita bekerja dalam gelap gelita teraba raba.

Tahun ini tahun merancang menghapus penderhaka juga petualang . Orang menderhaka kerana  tidak dikira. Kita kira semua untuk tahun semasa, untuk tahun mendatang tentukan mereka tidak meradang. Sekarang zaman nya wang, yang kaya boleh membuat jasa, didengar kata, orang dan orang berkuasa, dan boleh pula menganda kaya. Kita pun nak begitu juga, fokeskan ekonomi sejahterakan  kita, walupun terpaksa  memberi pecuma. Pakar terlatih perlu diguna, pakar macam  orang gila gila. Kalau tidak bangsa tertinggal dicemuh dihina. Ajar juga mereka berbahasa, terimasih bila berjaya.Ajar mereka berkerja kebih masa untuk bangsa dan ugama. Kalimah Allah sebagai pedoman, muga walaupun berjaya ingatkan kawan2. Naik bersama jangan pula irihati dan hasad dengki dijurus kebawah yang naik mendaki, hasad dengki harus dikikis agar bangsa tidak terhakis.

Apa kita nak buat kalau orang dah lari jauh meninggalkan kita,  orang yang terlewat akan berbincang semula mencari stratiji terbaik.  Melihat mana yang  gagal, betulkan semula, mana yang ta ada diadakan, tubuh jawatan kuasa gila gila, bio dia bertindak luar biasa. Kalau dah berjaya untung diberi samarata dengan syarat ta khianat bangsa. Dari pekerja sampai meneger, kena orang kita, beli barang kedai kita, jual produk juga org kita, pendeknya semua untuk kita, orang kita. Bila dah besar boleh besaing antara bangsa. Kata orang Jepun '  Jangan fikir untuk kita tetapi untuk semua manusia globle untuk univesal, baru naik bangsa.'

Pilihlah jalan bangsa yang tepat supaya ta bangkrup. Tidak merempat. Sebelum jalan bertukar nama.Sebelum penguat kuasa tidak bermaya. Sebelum iklan bertukar rupa. Sebelum negara bertukar warna. Isikan Semua kita punya. Kata orang tua tua " Selembut air menghakis pantai, meluas kan laut membanyakan ikan. Bagai api membakar hutan ditiup agin merebak sempadan, bayak pokok dapat ditanam, bajanya bayak pokonya rimbun, buahnya banyak lagi lebat.". Agar tahun 2014 bejaya menanam benih2 yang baik untuk orang kita.

Was.






No comments:

Post a Comment