Friday 4 March 2016

Mutiara Firman Allah Dalam Surah A-Li Imraan.

00. Pelbagai pengetahuan di beritakan dalam surah ini antara pekara terpenting untuk diketahui adalah seperti firman2 Allah di bawah ini.

*  Pemberi Kuasa Memerentah.

1.26.Katakanlah (Wahai Muhammad) "Wahai Tuhan  yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkau lah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan  sesiapa Engkau kehendaki dan Engkau hina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguh nye Engkau maha berkuasa setiap sesuatu.

* Pencipta Siang dan Malam, Menghidup dan Mematikan dan Pemberi Rezeki Tanpa Hisab.

2.27." Engkaulah wahai Tuhan yang memasukan waktu malam kedalam waktu siang dan Engkau lah yang memasukan waktu siang kedalam waktu malam.
Engkau juga lah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan  yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki  tanpa hisabnye."

* Jangan Mengambil Orang2 Kapir Sebagai Teman Rapat.

3.28. Janganlah orang2 yang beriman mengambil orang2 kafir menjadi teman rapat, dengan meninggalkan orang2 yang beriman . Dan sesiapa yang melakukan (larangan ) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pehak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memerintahkan supaya kamu beringat2 terhadap kekuasaan diri Nye (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali.
3.32  Katakanlah wahai (Muhammad) taatlah kamu kepada Allah dan RosulNye,  oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnye Allah tidak suka kepada orang2 kafir.

* Kelahiran Nabi Isa.

4.45.46.47.48.49. Ketika Malaikat berkata "Wahai Mariam bahawasa nye Allah memberi khabar yang mengembirakan dengan mengurniakan seorang anak yang engkau kandungkan semata2 dengan kalimah dari Allah. Nama anak itu  Al masih Isa ibni Mariam, seorang terkemuka di dunia dan ahirat."
4.46. "Dan dea akan berkata2 pada orang ramai semasa kecil  dalam buaian dan semasa dewasa  dan ia adalah dari orang yang solih."
4.47. "Wahai Tuhan bagaimana aku boleh mendapat seorang anak pada hal aku tidak pernah disentuh olih seorang lelaki pun ". Allah berfirman "Demikianlah keadaan nye Allah menjadikan apa yang dikehendaki nye..........maka ia hanya berfirman kepadanye "jadilah engkau lalu jadilah ia."
4.48. Allah mengajar dia ilmu menulis hukum2 aturan agama dan kandungan kitab Taurat dan Injil.
4.49.Dan menjadi Rosul kepada Bani Israil.....menegaskan sesungguh nye aku telah datang kepada mu dengan membawa mukjizat dari Tuhan kamu iaitu :

i. ...membentuk burung dari tanah liat, kemudian ku tiup padanye lalu menjadilah seekor burung yang hidup dengan izin Allah. 

ii. Dan boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak dan

iii. Aku boleh menghidupkan kembali orang2 yang mati dengan izin Allah dan juga

iv. boleh memberitahu. ..apa yang kamu makan dan yang kamu simpan di rumah kamu.

..pekara yang demikian itu  ...tanda mukjizat  ...bahawa aku seorang Rasul yang diutus olih Allah jika kamu orang2 yang mahu beriman.

Was.

No comments:

Post a Comment