Thursday 3 March 2016

Perempuan dan Harta Kesukaan Manusia. Surah a-li lmraan.

00. Sesungguh nye manusia sangat mencintai dunia dan bersikap haloba, namun Allah telah memberitakan bahawa orang yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat ganjaran terbaik, dengan dianugerahkan syurga.

1.14. Di hiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan pada benda2 yang di ingini nafsu iaitu perempuan2 dan anak pinak; hartabenda yang banyak berpikul2, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang2 ternak serta kebun2 tanaman. Semua itu kesenangan hidup didunia. Dan (ingat lah) pada sisi Allah ade tempat kembali yang sebaik2 nye (iaitu syurga)

2.15. Katakan (wahai Muhammad) "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik dari semua itu? Ia itu orang2 yang bertaqwa, disediakan disisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir dibawahnye sungai2, mereka kekal didalam nye. Disediakan juga pasangan2 isteri2 yang suci bersih; serta  (berolih pula)  keredhoan dari Allah. Dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan hamba2Nye .

3.16. Iaitu orang2 yang berdoa dengan berkata:  "Wahai Tuhan kami sesungguhnye kami telah beriman, olih itu, ampunkanlah dosa2 kami dan peliharakan lah kami dari azab neraka."

4.17. Dan juga
i. orang2 yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan
ii. orang2 yang benar (perkataan dan hatinye), dan
iii.orang2 yang sentiasa taat perintah Allah dan
iv. orang2 yang belanjakan hartanye pada jalan Allah, dan
v. orang2 beristigfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

5.18. ...Bahawasanye tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan  Allah. Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan.

6.19. Sesungguhnye ugama yang benar dan diredoi disisi Allah ialah Islam .

Was. Aaminn.

No comments:

Post a Comment