Sunday 13 March 2016

Perintah Dan Larangan Dalam Surah Al An' Aam.

0.151. Katakan lah "Marilah supaya  aku bacakan apa yang telah diharamkan olih Tuhan kamu kepada kamu iaitu"-

* Jangan Syirik Kepada Allah.

1.151. Janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun;

* Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa.

2.151. Dan hendak lah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa;

*Jangan Bunuh Anak.

3.151. Dan jangan lah kamu membunuh anak2 kamu kerana kepapaan, (sebenarnye)  Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;

* Jangan Hampiri Zina.

4.151. Dan jangan lah kamu hampiri kejahatan2 (zina) yang terang daripada nye dan yang tersembunyi;

*  Jangan Membunuh Orang.

5.151. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah(membunuhnye) melainkan dengan jalan yang haq. (Yang dibenar olih syarak).

Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminye.

*Jangan Makan Harta Anak Yatim.

6.152. "Dan jangan lah hampiri anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanye sendiri).

* Sempurnakan Sukat dan Timbang.

7.152. "Dan sempurnakan segala sukatan dan timbangan dengan adil".

Kami tidak memberatkan sesaorang dengan kewajipan melainkan dengan kesanggupannye.

*Keterangan palsu.

8.152. "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa2 keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); 

dan perjanjian (perintah2) Allah
hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu beringat (mematuhinye)

*Perintah Bertaqwa.

9. 153. Dan bahawa sesungguhnye inilah jalan Ku ( Agama Islam) yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnye; dan jangan lah kamu menurut jalan2 (yang lain dari Islam),kerana jalan2 yang lain itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang demikian itu lah Allah Perintahkan Kamu Bertaqwa.

Was.

No comments:

Post a Comment