Friday 16 June 2017

Larangan Dan Perintah Allah Dalam Surah Al Israaq

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Al Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

9. Sesungguh nya AlQuran  ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberi berita yang menggembirakan bagi orang beriman yang mengerjakan amal2 soleh bahawa mereka memperolih pahala yang besar.
10. Orang yang tidak beriman pada hari ahirat Kami sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnye. *

2. Malam dan siang dicipta Allah dengan tujuan.

12....dan kami jadikan siang itu terang benderang supaya kamu mudah mencari  rezeki  limpah kurnia Tuhan kamu..dan supaya kamu mengetahui hitung, hisab (bulan dan ari.)*

3. Kitab suratan amal masing dikalong dileher

13. ..Pada hari kiamat Kami akan keluarkan kepadanye kitab suratan amal  akan didapati terbuka untuk tatapan.
14.  Kami perintah kepada mereka bacalah kitab surat amalan mu.cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap diri mu.*

4. Hidayah dan mendapat petunjuk dan sesat.

15. Sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk alQuran,  yang didapatinye terpulang pada diri nye. Yang sesat
maka sesungguhnye kesan buruk akan ditanggung olih diri sendiri. Dan sesaorang tidak memikul dosa orang lain dan   Kami tidak lah mengazab sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rosul.*

5. Orang kaya yang tidak  taat pada Allah, menderhaka negeri akan dibinasa.

16. Apabila sampai tempoh Kami hendak membinasa penduduk se sebuah negeri  Kami perintah orang2 yang melampau batas dengan kemewahan antara mereka lalu menderhaka dan melakukam maksiat padanye maka berhaklah  negeri itu dibinasakan, lalu kami hancurkan sehanchur2 nye.*

6.Allah anugerah kepada sesiapa mengikut kehendaknye.

18. Sesiapa yg menghendaki kesenagan hidup didunia akan di segerakan kepada nye  didunia bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan neraka jahannam untuk membakarnye dalam keadaan hina dan tersingkir dari rahmat Allah.
19. Dan sesiapa menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amalan yang baik sedang dea beriman mereka diberi pahala akan  amal usahanye.
20. Tiap2 gulungan dunia dan ahirat, Kami hulurkan pemberian Tuhanmu itu dan tiada lah ia disekat
21. Lihatlah bagaimana Kami melebihkan  sebahagian dari mereka atas sebahgian yang lain. Sesungguh nye pemberian di ahirat lebih besar tingkatan2 perbezaan nye dan lebih besar tambahan2  kelebihan2nye.*

7. Jangan syirik, menyengutukan Allah.

22. Jangan lah kamu ada kan tuhan yang lain bersama Allah kerana akibatnye engkau tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
23. Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nye senata mata.*

8. Berbuat baik kepada ibu bapa.

23. ..dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua2 nye  sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka jagan lah engkau berkata sebarang perkataan kasar, sekali pun perkataan "Ha" .Jangan lah engkau menengking menyergah mereka tetapi katalah  kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu dan doakan lah ( kepada mereka dengan berkata;  " wahai Tuhan ku  cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang  menelihara dan mendidik ku semasa kecil."
25. Rabbi  kamu lebih mengetahui apa yang ada didalam hati, kalau kamu orang2 yang bertujuan baik mematuhi perintahNye. Sesungguh nye Dea maha pengampun bagi orang yang bertaubat.*

9. Belanja lah kepada yang hak tetapi jangan boros.

26. Dan berilah kepada kerabat mu dan orang2 miskin serta orang musafir akan hak nye masing2 dan jangan lah engkau belanja harta mu dengan boros melampau2.
27.sesungguh nye orang yang boros itu saudara syaitan sedang syaitan itu adalah mahluk yang paling kufur pada Rabbi nye.
28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayan mereka kerana menunggu rezeki dari Tuhan mu yang engkau harapkan maka katakan lah kepada mereka kata2 yg menyenagkan hati.
29. Dan jaganlah engkau jadikan tangan mu terbelenggu di kelermu dan jagan lah pula engkau menghulurkan dengan sehabis2 nya, kerana akibatnye engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
30. Sesungguh nye Tuhan mu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan Dia juga menyempitkannye, sesungguh nye Dea maha mendalam pengetahuan Nye lagi maha melihat akan hamba2 Nye.*

10.Jagan bunuh anak  takutkan kepapaan.

31.Dan jangan lah kamu membunuh anak kamu kerana takut kan kepapaan. Kamilah
Yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguh nye perbuatan membunuh mereka  adalah suatu kesalahan yang besar.

11.Jangan hampiri zina.

32. Dan jangan lah kamu menghampiri zina sesungguhnye zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.*

12. Jangan membunuh orang.

33. Dan jangan lah kamu membunuh  diri sesaorang manusia yang diharamkan olih Allah membunuh nye kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa  yang dibunuh secara zalim, maka sesungguh nye  kami telah menjadikan warisnye menuntut balas bunuh itu.
dalam pada itu jangan lah dea melampau2 dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnye ia  adalah mendapat sepenoh2 pertolongan. (Menurut   Hukum syarak.).*

13. Jangan hampiri harta anak yatim.

34. Dan jangan lah kamu menghampiri harta anak yatim  melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baliq, dan sempurnakan Perjanjian  (dengan Allah dan manusia) sesungguh nye perjanjian itu akan ditanye.*

14. Sempurnakan timbangan dan sukat menyukat.

35. Dan sempurnakan sukatan  apabila kamu menyukat dan timbangan dengan timbangan yang adil. Yang demian itu baik dan sebaik2 kesudahan( pahala di ahirat kelak).*

15. Jangan ikut tanpa pengetahuan.

36. Dan jangan lah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nye. Sesungguh nye pendengaran penglihatan serta hati,
Semua anggota2 tetap akan ditanye tentang ape yang dilakukannye.*

16. Jangan berlagak sombong.

37. Dan jangan lah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguh nye engkau tidak akan dapat menembus bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai  setinggi gunung ganang.

Wassalam

No comments:

Post a Comment