Wednesday 13 March 2019

AlQuran Neraca Keadilan Hari Qiamat. Asyuraa 2


Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanye untuk memahami wahyu sahaja.

1.14. Umat tiap2 Rasul tidak berpecah juga berseliseh tetapi bila ajaran itu sampai, mereka berhasad dengki sesama sendiri, kalaulah Allah tidak memberi ketetapan awal menangguhkan hukuman azab tentulah didatangkan azab sertamerta kepada mereka.

2.15. Kerana itu Nabi diseru untuk:
*  sampaikan ajaran agama dengan betul dan jangan menurut hawa nafsu mereka.  *  beriman semua kitab .
*  berlaku adil kepada semua.
*  tidak ade pertengkaran dengan mereka.
Amalan masing2. kamu amalan kamu kami amalan kami. semuanye akan dihimpun untuk dihakimi.

3.16. Orang yang membantah tentang kebenaran agama Allah dengan tuduhan palsu, mereka mendapat kemurkaan Allah dan diazab seksa.

4.17. Allah menurunkan kitab suci yang membawa kebenaran  yang menjadi neraca keadilan pada hari kiamat.

5.18. Orang  yang tidak beriman pada hari kiamat, mereka mengejek2 supaya kiamat itu disegerakan. Bagi orang2 beriman mereka takut ngeri kerana yakin kiamat benar akan terjadi. Mereka yang membantah kiamat adelah jauh terpesong.

6 19. Allah Maha Lembut Dia pemberi rezeki pada siapa yang dikehendaki Nye. Dia Yang Maha  Kuat lagi Perkasa.

7.20. Sesiapa yang bekehendakan faedah ahirat Allah akan berikan. Sesiapa yang hendak semata2 faedah dunia akan Allah berikan,tetapi dea tidak berolih ape2 bahgian pun diahirat kelak.

8.21. Allah tidak mengizinkan adenye sekutu2 dari bahagian agama mereka, kalau tidak kerana ketepan terdahulu mereka akan didatangkan azab sertamerta kerana berlaku zalim.

9.22. Di hari kiamat orang zalim takut ngeri atas kejahatan2 yang mereka lakukan dan Azab seksa menimpa mereka.  Orang beriman dan beramal soleh ditempatkan didalam syurga bahagia.

10.23. Limpah kurnia itu lah yang Allah gembirakan kepada orang beriman dan beramal soleh. Katekan  tiada upahan  tentang ajaran islam,  yang diminta hanye kasih mesra kamu atas pertalian kerabat supaya  tidak disakiti. Sesiapa yang mengajak sesuatu yang baik akan ditambah kebaikan bagi nye. Sesungguhnye Allah Maha Pengampun lagi membalas sebaik2 nye.

Saw.

Nota rengkas.

1. Sifat dengki manusia menyebabkan ajaran agama berseliseh dan berpecah.

2. Nabi diminta sampaikan  ajaran agama dengan betul tidak mengikut nafsu manusia. Adil dan tidak bertengkar.

3. Kitab suci diturun kan untuk membawa kebenaran dan neraca keadilan di hari kiamat. Sesiapa yang membantah agama Allah dengan tuduhan palsu akan diazab.

4. Beriman kepada hari kiamat. Orang2 beriman takut dan ngeri kedatangan nye.

5. Allah pemberi rezeki.

6. Sesiapa hendakkan ahirat Allah beri, hendah dunia pun Allah beri tetapi tiada ahirat bagi nye.

7. Tiada sekutu bagi Allah dalam bahagian Agama.

8. Orang2 yang zalim dan jahat takut dan ngeri azab seksa di ahirat orang beriman ke syurga bahagia.

9. Tiada ade upah untuk menyampaikan ajaran islam.

Was.

No comments:

Post a Comment