Tuesday 12 March 2019

Perintah Menegakan Pendirian Agama. Asy Syura1

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini  hanya untuk memudahkan kami, memahami wahyu sahaja.

1.3. Surah ini dan lain surah telah diwahikan kepada Nabi Muhammad dan Rasul2 terdahulu olih Allah Yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana.

2.4. Allah yang menguasai langit dan bumi Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kekuasaan Nye.

3.5. Langit pun hampir pecah takut akan murka Allah disebabkan penduduk2 bumi lupa akan kebesaran Allah, mereka menyelewing dari jalan yang benar. Malaikat bertasbih memuji Allah dan memohon ampun penduduk2 di bumi. Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani.

4.6. Mereka yang berlindung dan menyembah selain dari Allah, diawasi serta akan menerima balasan nye.

5.7. Muhammad hanyelah penyampai, dia diwahi kan al Quran sebagai memberi amaran dan peringatan kepada "ummu'l qura" dan sekalian penduduk dunia, akan hari perhimpuan  dimane sepuak masuk surga sepuak ke neraka.

6.8. Jika Allah kehendaki tentu dijadikan satu umat. Tetapi terpulang kepada Allah siapa yang dipileh untuk diberi rahmat olih Nye. Orang2 zalim tidak di beri perlindungan dan pertolongan..

7.9. Ta patut menyembah pelindung2 selain dari Allah. Allah lah pelindung sebenar yang menghidupkan yang mati.

8.10. Sampaikan kepada pengikut2 mu, ape2 hukum yang diselisehkan akan di putuskan olih Allah Hakim Yang Maha Berkuasa tempat rujukan.

9.11. Dialah yang mencipta langit dan bumi dan bagi kamu berpasangan dari jenis kamu dan binatang ternak dengan pasangan nye, agar berkembang zuriat mereka. Dea lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

10.12. Dia jugalah yang Meguasai Perbendaharaan Langit dan Bumi, Dia Memberi Rezeki sesiapa yang dikehendaki Nye dan menyempitkan nye. Dia Maha Mengetahui  tiap2 sesuatu.

11.13. Allah telah menerangkan ape yang diperintahkan kepada Nabi2 terdahulu
Ia itu 'menegakkan pendirian ugama', jangan berpecah belah atau berseliseh pada dasarnye. Orang2 myusrik sukar utk menerima bila diseru agama tuhid ini. Allah memileh serta melorong sesiapa yang dikehendakiNye.

Nota pendik.

1. Manusia  lupa akan kebesaran Allah
Sering menyelewing dari ajaran Allah.
2. Yang menyembah selain Allah menerima balasan.
3. Allah mencipta mahluk berpasangan mengikut jenis untuk membiak.
4. Allah pemberi rezeki dan menyempitkan.
5. Allah perintahkan untuk menegakkan Agama seluruh alam

Was.

No comments:

Post a Comment