Tuesday 1 October 2019

Jangan Derhaka Pada Ibu Bapa.Pembantah Rasul Menerima Azab Allah.Surah Al Ahqaaf (2).

Bismilllahhirrohmanirrohim)

Terjemahan ini sekadar memahami wahyu yang maha agong.

15. Diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa kerana mereka bersusah payah mengandung dan memelihara sampai putus susu selama 30 bulan.. setelah mencapai usia 40 tahun berdoalah supaya diilhamkan 1. bersyukur nikmat Allah diberi kepada diri dan ibu dan 2. Dapat mengerjakan amal salih dan 3. Mohon sifat2 baik dalam jiwa dan keturunan  dan 4. mohon bertaubat sebgai orang islam yang  tunduk pada Allah.

16. Orang2 yang bersifat terpuji  seperti itu diterima Allah amalan nye dan diampun segala kesalahan nye.  Mereka ahli syurga.

17. Sebalik nye jika mereka derhaka kepada kedua ibubapa mereka untuk mengajak beriman. Berkata.spt  "Ah bosan dengan kamu berdua yang menjanjikan.....bahawa akan  dibangkitkan dari kubur.. sedangkan  yang pergi dahulu tidak balik2."  dengan itu Ibunya  memohon  pertolongan Allah supaya dea beriman kepada hari dihidupkan semula, untuk menerima balasan. Dan dea menempelak berkata "semua itu cerita2 dongeng orang2 dahulu kala.".

18. Jin dan manusia yang engkar akan menerima azab bersama2 umat terdahulu. Dengan itu mereka menjadi orang yang rugi.

19. Bagi mereka disediakan berbagai perinkat balasan baik dan buruk dengan ape yang mereka kerjakan. Mereka tidak dirugikan sedikit pun.

20. Orang kafir didedahkan neraka  dan dikatakan  ...mereka telah menghabiskan usia menikmati dunia dan berlaku sombong takbur dimuka bumi dan sentiasa berlaku fasik.

21. Nabi hud telah mengingatkan kaum Aad jangan lah kamu menyembah selain Allah, kelak akan mendapat azab pada hari besar.

22. Mereka menempelak adakah seruan itu untuk memesong penyembahan tuhan2 mereka dan mereka meminta dibawa azab yang dijanjikan.

23. Nabi hud menjawab  kedatangan azab itu disisi Allah, aku menyampai  ape yang diutus sahaja tetapi kamu dilihat orang yang jahil.

24. Maka dengan itu datang lah angin yang membawa azab yang ta terperi sakit nye.

25. Menghancur lebur punah ranah melainkan tempat2 tinggal mereka sahaja. Itulah  balasan kepada kaum yang berdosa.

26. Sesungguhnya kaum musyrik mekah sentiasa mengengkari  ayat2 Allah , mereka diazab  kerana ejek2kan itu.

27.sesungguh nye negeri sekeliling mereka telah dibinasakan sebagai tanda kekuasaan Allah, agar mereka bertaubat.

28. Sepatut nye sembahan2 mereka membela mereka tetapi semua sembahan mereka itu telah lenyap dari mereka, bagitu lah akibatnye kepercayaan yang mereka ade2 kan.

29. Alquran didengarkan bacaan nye kepada rombongan jin dan kemudean mereka mensyiarkan kepada kaum nye, untuk memberi amaran dan peringatan.

30. Mereka menyeru supaya mendengar alQuran yang membenarkan kitab2 suci sebelum nye, yang memandu kebenaran ke jalan yg lurus.

31. Menyeru  supaya menyahut seruan Nabi Muhammad supaya beriman kepada alQuran agar diampun sebahagian dosa2 dan terselamat dari azab yang sangat sakit.

32. Siapa yang tidak beriman kepada Allah tiada akan melepas diri dari azab Allah. Dan tiada perlindung pembelaan kerana mereka berada dalam kesesatan yang nyata.

33..sesungguhnya Allah pencipta langit dan bumi dan menghidup mahlok yang telah mati tanpa susah payah. Dia maha berkuasa keatas tiap2 sesuatu.

34. Mereka yang  fasik didedahkan dengan azab neraka dan mereka mengakui kesalahan mereka. dan rasailah azab itu.

35. Jika berlaku penetangan terhadap mu wahai Muhammad bersabarlah kes tu same seperti ditempuh rasul2 terdahulu. Dan jangan disegerakan meminta azab kepada mereka,  kehidupan dunia ini tidak lama melainkan sekadar sesaat sahaja . Penerangan itu cukup bagi mereka yang mahu insaf, tidak ada kebinasasn  melainkan orang2 yang fasik derhaka.

Was.

Nota tengkas

1. Wajib Berbuat baik lah kepada ibu bapa.
Jangan derhaka.
2. Jangan syirik.Jangan menyembah selain dari Allah
3. AlQuran itu benar diwahikan Allah kepada Nabi Muhammad. Dan wajib beriman  pada al Quran.
4. Jangan sombong dan takabor,
Jin dan manusia yang engkar tidak beriman kepada Allah menerima azab Allah.
5. Jin pun telah beriman bila mendengar AQuran dan menyebarkan syiar pada kaum mereka.
6. Allah pencipta langit dan bumi dea juga membagkitan dan menghidupkan setelah mati.
7. Allah nasihatkan Muhammad agar bersabar atas tentangan orang musyrik  same seperti rasul dan nabi  terdahulu. Kehidupan didunia ini sesaat sahaja mereka akan mendapat balasan azab
seksa ta terperi.

No comments:

Post a Comment