Friday 25 October 2019

S.Al Jaathiyah. Jangan Diperdaya Olih Kehidupan Dunia.Allah Perintah,Semua Amalan Dicatat Untuk Balasan .

Bismillahhirrohmanirrohim.

Terjemahan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja. Rujuk AlQuran asal.

1. Haa miim.
2. Al Quran ini dari Allah.
3. Bagi orang beriman terdapat tanda dan bukti nye, ade di langit dan di bumi.
4. Ia itu kejadian diri sendiri. Kejadian binatang yang dibiakkan, bagi yang yakin.
5. Pertukaran siang malam. Dan rezeki hidupnye tumbuh2an. Peredaran angin.
6. Itu lah penerangan ayat Allah untuk mereka memahami dan beriman.

7. Celaka lah bagi tiap2 pendusta  yang berdosa.
8. Yang mendengar  tetapi berlagak sombong dengan itu biarkan dea dengan azab seksa ta terperi sakitnye.

9. Ayat Kami dijadikan bahan2 ejekan.
10. Di ahirat ada Neraka Jahannam disediakan untuk mereka. Yang mereka sembah dan puja selain Allah, tidak menyelamatkan mereka dan tidak akan memberi pertolongan pun.

11. AlQuran ini petunjuk yang cukup kengkap.

12. Allah beri laut untuk boleh belayar dan memcari rezeki. Supaya kamu bersyukur.
13. Dea bagi kemudahan kamu segala yang ade dilangit dan dibumi atas kemurahan Nye jika difikirkan dengan teliti.

14. Orang2 beriman  diminta untuk memaafkan orang2 yang tidak ingat pada hari pembalasan kerana mereka akan dibalas  ape yang mereka usahakan.
15. Balasan adalah kepada yang berbuat baik faedahnye kepada diri sendiri
Sesiapa yang buat jahat bahaya nye pada diri sendiri. Bila dikembalikan nanti.

16.  Sesungguh nye Bani Israil telah di beri kitab taurat,  pangkat kehakiman dan nabi dan diberi mereka benda yang baik2 dan dilebih kan nenek moyang mereka  diatas orang yang berada di zaman nye.
17. Mereka telah diberi penerangan yang jelas  perkara agama, mereka tidak berselisih tetapi sebaliknye berlaku disebabkan mereka dengki, mereka dihukum kerana perselisehan itu.

18. Nabi Muhammad di utus  untuk menjalankan syariat dari hukum2 agama, turuti lah syariat itu janganlah menurut hawa nafsu, orang yang tidak mengetahui.
19. Mereka tidak dapat menyelamatkan kamu sedikitpun. Orang zalim  jadi penyokong dan penolong  dalam pekara salah. Sedangkan Allah pelindung dan penolong bagi orang bertaqwa.
20. Al Quran ini menjadi panduan dan menjadi hidayah petunjuk dan rahmat sesiapa yang menyakini nya.

21.  Orang jahat ta same orang yang beriman dan beramal salih, menyamakan mereka adalah orang bertabiat  buruk.
22. Allah pencipta langit dan bumi cara yang sangat layak dan berhikmah agar mereka diberi balasan ape yang mereka kerjakan. Tidak dikurang sedikit pon.
23. Orang yang menjadikan hawa nafsu
dan disesat kan Allah, dimeteri pendengaran, hati dan penglihatan mereka. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk  untuk beringat dan insaf.
24. Mereka berkata. Hidup didunia ini sekali sahaja silih berganti mengikut zaman. Sebenarnye mereka tidak berpengetahun, menurut sangkaan semata2.
25. Bila dinyatakan yang benar mereka  menolak dan minta bawa hidupkan datuk nenek mereka kembali.
26. Katekan bahawa  Allah menghidupkan dan mematikan kemudian dihimpunkan pada hari kiamat yang pasti datang yang kebanyakan manusia tidak mengetahui nye.
27. Allah Peguasa Langit dan Bumi, ketika berlaku kiamat  masa itu baru lah tahu ruginye orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
28. Hari yang mencemaskan,  mereka menerima  kitab suratan untuk menerima balasan.
29. Perintah Allah, kepada malaikat mencatat setiap sesuatu ape yang dibuat didunia.
30. Orang yang beriman dan beramal salih
Dimasukan didalam rahmat Nye. Syurga.
31. Orang2 kafir ditempelak kerana sombong takabor dan kaum yang sentiasa melakukan kesalahan.
32. Mereka TIDAK YAKIN datang nye Hari kiamat  dan hari pembalasan  yang benar.
33. Ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan2 mereka dan mereka diliputi azab.
34. Tempat mereka neraka tanpa diberi pertolongan.
35. Balasan buruk itu kerana nereka mengejek ayat2 Allah. Dan membiarkan diri  diperdaya olih kehidupan dunia.
Mereka tidak keluar dari neraka  dan  tidak ada peluang bertaubat.
36. Demikian lah ajaran dan perigatan Allah Yang Maha Adil, segala puji Tuhan Mentadbir Langit dan bumi Tuhan sekalian Alam.
37. BagiNye lah Keagungan dan kekuasaan dilangit dan dibumi, Dia Mahakuasa Lagi Maha Bijaksana.

Was.

Nota pendik.

1. Allah telah menurunkan bukti untuk beriman. Iaitu langit dan bumi. Kejadian manusia dan haiwan, hidup nye tumbuhan, dan peredaran angin.
2. Celaka bagi pendusta dan yang sombong. Mengejek ayat Allah . Dan menyembah selain Allah. Mereka ke neraka.
3. AlQuran petunjuk yang lengkap.
4. Orang beriman diminta memaafkan orang ta beriman kerana mereka ada hari pembalasan.
5. Orang jahat ta same dengan orang yang baik.
6. Jangan diperdaya olih kehidupan dunia
7. Hari Kiamat itu benar akan datang nye.
8. Allah perintahkan kepada Malaikat untuk mencatit semua perbuatan manusia.
9. Orang beriman dan beramal soleh masuk syurga. Yang sombong derhaka masuk neraka.

Was.

No comments:

Post a Comment