Saturday 12 October 2019

Surah Ad Dukhaan Duka Dan Bahagia

Bismillahhirrohmanirrohim

Rengkasan Terjemahan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

1. Haa miim.
2. Demi AlQuran kitab yang menerangkan kebenaran.
3. AlQuran ini diturun pada malam lailatur qadar yang berkat untuk peringatan dan amaran agar hamba2  terhindar dari ditimpa azab.
4. Pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat perkara2 yang mengandungi hikmat tetap akan berlaku.
5. Ia itu Allah mengutus kan Rasul Nye.
6. Untuk menyampaikan rahmat kepada umat manusia. Dia Maha Mengetahui segala keadaan  hamba2 nye.

7. Allah lah yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi dan ape2 diantara kedua nye. Kalau kamu yakin maka terimalah ape sahaja yang diutuskan itu.
8. Tiada Tuhan yang berhak disembah melain kan Allah yang menghidup dan mematikan.
9. Tetapi Masih ada yang ragu2 dan bermain2 dengan perkara agama.
10. Olih itu tunggu lah langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran  dahsyat.
11. Azab  yang menyakitkan menimpa seluruh keadaan manusia yang kafir.
12. Kerana itu mereka meminta dihapuskan azab dan akan beriman.
13. Tetapi mereka telah didatangi Rasul memberi keterangan2 yang cukup bagaimana mereka mau beriman.
14. Mereka berpaling engkar dan menuduh AlQuran diturunkan melalui Nabi itu, diajar olih orang asing dan mengata dea orang gila.

15. Kalau pun dihapuskan azab itu selepas itu mereka kembali kufur engkar.
16. Sebalik nye jika kamu ingkar  kembali, akan ditimpakan azab paluan yang besar dengan azab yang berat.

17. Sebelum mereka,  Firaun juga telah diuji dengan  diutuskan Nabi Musa.
18. Agar menerima kerasulan nye.
19. Janganlah sombung engkar, kerana dea Nabi ada membawa mukjizat.
20. Musa walaupun akan  disakiti tetap memohon berlindung kepada Allah.
21. Dia berikrar kalau tetap juga tidak beriman kerasulan nye maka putuslah hubungan mereka.

22. Nabi Musa merayu kepada Allah
Disebabkan mereka berdosa kufur kekal, maka berhaklah untuk diberi balasan.

23. Musa dan pengikut2nye Diperintahkan keluar dengan pengikut nye diwaktu malam kerana akan dikejar firaun.
24. Laut dibelah semua tentera di tenggelamkan.

25. Dengan itu Banyak kebun dan mate air ditinggalkan.
26. Berbagai jenis tanaman dan tempat tinggal yang indah2.
27. Dan kemewahan hidup yang mereka nikmati.
28. Demikialah hukuman kepada yang derhaka . Semua peningalan mereka menjadi milik orang lain kaum Bani Israil.

29. Mereka yang dibinasa itu tidak ditangisi dilangit dan dibumi.

30. Sesungguhnye Bani Israil telah di selamatkan dari azab yang menghina.
31. Dari tindasan firaun sombong, takabur dan terbilang melampaui batasnye.
32. Mereka dipileh, lebih pangkat nye dari penduduk dunia.
33. Di anugerahkan Nabi Musa dengan mukjizat  sebagai ujian mengubah sikap mereka.

34. Berbalik kepada penduduk Mekah.
Mereka  berkate kepada Nabi Muhammad.
35. Mati hanye sekali  dan tidak hidup semula sesudah mati.
36. Agar diminta hidupkan dato nenek yang telah mati dihidupkan semula.
37.mereka berdegil sedangkan orang dahulu yang lebih kuat pun telah dibinasakan.kerana berdosa.

38. Allah tidak mencipta langit dan bumi dan segala yang ada diantara nye dengan main2.
39. Dicipta segala nye itu untuk menzahirkan yang benar. Tetapi kebanyakan nye tidak megetahui.

40. Hari pemutusan hukum untuk memberi balasan ialah pada waktu perhimpunan.
41. Hari itu sahabat dan kerabat tidak dapat memberi perlindungannye dan tidak juga diberi pertolongan.
42. Kecuali orang2 yang diberi rahmat olih Allah yang bekuasa dan mengasihani.

43. Pokok zakum.
44. Buah nye menjadi makanan pendosa.
45. Makanan nye panas mendidih seperti tembaga cair
46. Mendidih  meluap2 panas.
47. Mereka diseret ditengah2 neraka.
48. Dicurah atas kepala nye air panas yang mengelegak.

49. Dikatekan Rasa lah azab hai orang2 yang berpengaruh dan terhurmat dalam masyarakat.
50. Ini lah azab yang dulu kamu ragu2 kan.

51. Orang2 bertaqwa ditempat tinggi aman sentosa.
52. Didalamnye ada beberapa taman syurga
53. Berpakaian kain sutra yang bersulam berhimpun atas tiap pelamin berhadap2an.
54. Diteman bidadari yang putih melepak lagi cantik mate nye.
55. Menikmati berjenis buah2an dengan aman sentosa.
56. Tidak ada kematian lagi  dan mereka selamat dari azab neraka.
57. Semua  yang diperolih itu  adalah limpah kurnia  Allah atas kemenagan yang besar.

58. Quran dengan bahasa yang mudah supaya mereka beringat dan insaf. Beriman.

59. Jika mereka tidak berbuat demikian tunggu lah sesungguh nye mereka juga menunggu kesudahan mereka.

Wassalam.

Nota pendik.

1. Kesah turun nye AlQuran. Malam lailatul Qadar.
2. Kesah penentangan orang kafir Mekah pada Nabi Muhammad.
3. Kesah  Nabi Musa dan kehancuran firaun.
4. Kehidupan azab di neraka bagi orang yang ta beriman. Kecuali yang mendapat rahmat Allah
5. Kehidupan di  syurga bagi orang beriman yang bahagia aman dan mewah.

No comments:

Post a Comment