Friday 9 April 2021

ADZ DZAARIAAT 1.TAQWA, IBADAT MALAM, BERISTAGFAR, SADAKAH. KESURGA.

Terjemahan ini sekadar memahami  wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Demi angin yang menerbang kan dan menaburkan (debu, biji benih dll) dengan sungguh2.

2. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatan nye. (Hujan)Ke tempat yang dikehendaki.

3. Dan kapal2 yang belayar laju dengan kemudahan yang diberi kepada nye.

4. Dan malaikat2 yang membahagi segala perkara yang ditugaskan

5. Sesungguh nye segala janji mengenai hari ahirat itu pasti benar.
6. Dan sesungguh nye balasan amal tetap berlaku.

7. Demi langit yang mempunyai jalan2 yang berbagai bentuk keadaan nye.

8. Sesungguh nye kamu berada  dalam berlain2 pendapat  ( mengenai ugama yang dibawa Nabi Muhammad)
9. Dipalingkan dari nye (alquran dan rasul).  Orang yang dipalingkan.

10. Binasalah orang yang mengeluar pendapat dengan cara dusta(agag2)
11. Ia itu orang yang tengelam dalam kejahilan serta lalai.

12. Mereka bertanya  bilakah hari pembalasan itu ?.
13. Hari itu ialah  hari mereka diseksa dalam api neraka.
14. Dikatekan kepada mereka rasakan lah azab yang kamu minta dulu disegerakan.

15. Sesungguhnye orang yang bertaqwa didalam taman syurga  dan mata air yang terpancar.
16. Mereka sentiasa menikmati rahmat yang diberi olih tuhan, sesungguhnye mereka didunia dahulu orang yang berbuat baik.
17. Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
18. Pada akhir malam mereka beristakfar memohon ampun.

19. Dan pada harta benda mereka ada hak  untuk orang miskin yang meminta dan tidak meminta.

20. Pada bumi ada tanda2 keesaan dan kekuasaan Allah bagi yang yakin.
21. Dan pada diri mu sendiri apekah tidak kamu perhatikan.

22. Dan di langit terdapat sebab2 rezeki mu dan ape2 yang dijanjikan kepadamu.

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi. sesungguhnye apa yang dijanjikan pasti terjadi ape yang kamu ucapkan.

Nota ringkas.

1. Kejadian; angin yang meniup debu, awan yang membawa hujan, kapal2  belayar adalah kejadian2 yang nyata dilihat benar berlaku.
2. Janji ahirat tu pun benar dan pembalasan amal itu benar.
3. Orang yang berpaling dari quran dan rasul, orang2 yang berdusta, yang jahil dan lalai, ke neraka.
4. Hari pembalasan itu dijawab kepada yang kufur dengan; ialah seksaan dan azab api neraka.
5. Orang taqwa ketaman syurga. Kerana semasa didunia dulu mereka berbuat baik.
*Sikit tidur malam untuk beribadat,
*sebelum subuh mereka beristakfar memohon ampun.
*harta mereka disadakah pada orang miskin yang meminta atau tidak
6. Pada bumi dan diri kita ada tanda keesaan Allah
7. Dari langit lah punca rezeki kita.

Was.
1042021.

No comments:

Post a Comment