Thursday 8 April 2021

SURAT QAAF 4. PERINTAH BERTASBIH DAN PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI.

Catatan wahyu ini sekadar memahami  fakta AlQuran sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

36. Dan telah berapa banyak kaum2 yang terdahulu dari kaum Musyrik Mekah yang ingkar  telah Allah binasakan. Kaum itu lebih kuat dan handal,  keluar kemerata2 negeri mencari perlindungan tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

37. Sesungguh nye keterangan peristiwa tersebut adalah sebagai pengajaran sesiapa yang mempunyai hati dan pendengaran yang  sunguh2.

38. Sesungguhnya Allah telah mencipta langit dan bumi dan ape2 antara kedua nye dalam enam masa tanpa susah payah.

39. Olih itu bersabarlah ape2 yang dikata olih penentang2 mu dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
40. Serta bertasbihlah pada malam hari sesudah mengerjakan solat.

41. Dengarlah tentang  hari kiamat hari menyeru orang yang telah mati dari tempat yang dekat yang dapat didengar semua nye.
42. Iaitu pekikan yang menyatakan perkara yang benar iatu menyeru masing2 keluar dari kubur.

43. Sesungguhnye Allah menghidup dan mematikan dan untuk dikembalikan kepada Nya sekalian mahlok.

44.pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar, untuk dihimpun kan ke padang mahsyar, itu mudah bagi Allah melaksanakan nye.

45. Allah maha mengetahui ape yang mereka katekan terhadap mu wahai Muhammad dan engkau bukan lah orng yang berkuasa memaksa   mereka supaya beriman. Olih itu berilah peringatan kepada orang2 yang takut akan janji azab Allah.

Nota pendik.

1. Banyak kaum2 terdahulu yang lebih kuat dan handal tetapi ingkar telah Allah binasakan.
2. Allah pencipta langit dan bumi dan ape2 diantara keduanye dalam enam masa.
3. Allah menyeru untuk bertasbih  sebelum terbit matahari dan  sebelum matahari terbenam, dan selepas solat malam.
4. Mahluk diseru keluar dari kubur. Untuk dihimpun di mahsyar
5. Nabi Muhammad tiada kuasa memaksa untuk beriman tetapi berilah peringatan kepada mereka yang takut azab  Allah.

Was.
942021.

No comments:

Post a Comment